The Reporter
Tiga lelaki pedofilia ditembak mati di tempat awam dan mayat mereka kemudian digantung pada kren sebagai hukuman kerana merogol dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, lapor Daily Mail.
Gambar-gambar yang mengerikan itu menunjukkan ketiga-tiga tertuduh terbabit memakai seluar biru diarak di tempat awam di bandar Sana'a.
Kesemua mereka digari dan diarah tunduk ke bawah sebelum ditembak sebanyak lima kali di bahagian dada.
Mayat mereka kemudian digantung dan diangkat menggunakan kren sebagai amaran dan peringatan kepada semua agar tidak melakukan jenayah seumpama itu, sementara orang awam mengambil kesempatan itu untuk merakam seluruh proses itu menggunakan telefon bimbit.
August 09, 2018 at 03:13PM
0 Komentar