Lelaki rogol dan bunuh kanak-kanak perempuan selepas masuk ke dalam biliknya ketika dia sedang minum dan menonton video lucah

August 09, 2018

The Reporter


Seorang lelaki didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas mangsa masuk ke dalam biliknya ketika dia sedang minum minuman keras dan menonton video lucah. 

Deepak Singh, 32, yang menyewa bilik di rumah keluarga mangsa, melakukan jenayah itu pada malam 2 Ogos lalu. 

Dia kemudian mencekik mangsa yang menjerit sehingga mati dan mayatnya dibungkus dalam beg plastik. 

Enggan mengaku melakukan pembunuhan itu, Deepak yang berasal dari Agra, India, pergi ke balai polis bersama dengan keluarga mangsa serta membantu mereka mencari kanak-kanak perempuan itu. 

Difahamkan mayat mangsa disembunyikan di loteng rumah keluarga mangsa di Khoda Colony, Ghaziabad, Uttar Pradesh. 

Deepak kemudian didakwa memindahkan mayat mangsa ke rumah lain sebelum ditemui oleh ibu saudaranya, dua hari selepas dilaporkan hilang.

Ketika disoal siasat, Deepak memberitahu polis bahawa sebelum kejadian itu dia sedang menonton video lucah di telefon bimbitnya lebih kurang 40 minit dan tidak berapa lama selepas itu, mangsa masuk ke biliknya. 

Deepak kemudian menangkap kanak-kanak itu dan mengunci pintu bilik dari dalam dan menyerang mangsa. 

Menurut laporan, suspek tinggal di bangunan kediaman milik bapa saudara mangsa. 

Menurut bapa mangsa, suspek telah menyewa bilik dengan mereka lebih kurang setahun bersama dengan isteri dan anak lelaki mereka. Mangsa selalu pergi ke bilik penyewa itu untuk bermain dengan anak lelaki pasangan berkenaan. 

Ketika kejadian itu berlaku, isteri dan anak suspek tinggal di rumah mertuanya. 

Suspek berkata, dia tidak mengaku melakukan jenayah itu kerana takut dengan apa yang dia telah lakukan. 

Suspek telah mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu dan dikurniakan anak lelaki yang berusia genap satu tahun di hari mayat mangsa ditemui. 

Suspek juga bertindak melarikan diri sebaik saja menyedari dia merupakan suspek utama dalam kes ini. Namun suspek berjaya ditahan polis dan didakwa atas tuduhan menculik, merogol, membunuh, memusnahkan bukti mengikut Seksyen di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan Kesalahan Seksual. 

Bapa mangsa juga menuntut suspek dikenakan hukuman mati di atas perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.



August 10, 2018 at 03:04AM

Previous
Next Post »
0 Komentar