The Reporter
Seorang wanita bertindak keluar dari rumah selepas mendapat tahu dirinya telah dimadukan, malah membawa anak perempuannya bersama, sebelum mereka menghilangkan diri sejak Jumaat lalu, lapor Harian Metro.
Suaminya, 43, membuat laporan di Balai Polis Kuang, Sabtu lalu, selepas menyedari kehilangan isterinya berusia 42 tahun dan anak perempuannya berusia 6 tahun.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan S Somu berkata, lelaki berkenaan membuat laporan selepas isterinya gagal dihubungi sebaik keluar dari rumah ibu mentuanya di Kampung Melayu Sri Kundang, jam 10 pagi.
"Berdasarkan keterangan si suami, dia memaklumkan isterinya memberitahu mahu pergi ke rumah ibunya di Kampung Melayu Sri Kundang untuk membawa ibu mentua balik ke kampung di Tapah, Perak.
"Sebaik lelaki itu tiba di rumah ibu mentuanya jam 7 malam, wanita terbabit memaklumkan isterinya sudah keluar dengan membawa anak perempuan mereka,” katanya.
Si suami berkenaan cuba menghubungi isterinya, tetapi gagal lalu membuat laporan polis kerana bimbang terhadap keselamatan mereka.
"Bagaimanapun, kami difahamkan wanita itu sudah dapat dihubungi dan memaklumkan dia keluar dari rumah ibunya bersama anak perempuan mereka dengan rela hati.
"Difahamkan, isterinya bertindak sedemikian (keluar dari rumah) kerana wanita itu dimadukan selain suami tidak bekerja," katanya.
August 08, 2018 at 12:13PM
0 Komentar