The Reporter
Seorang wanita berusia 45 tahun ditahan kerana menggigit kemaluan suaminya sehingga terputus, selepas mangsa menangkap isterinya curang dengan lelaki lain di kampung Thuraimoola, India, lapor Times of India.
Menurut polis, suspek, Jayanthi, 45, telah didakwa atas cubaan membunuh suaminya sendiri.
Kejadian itu berlaku pada awal pagi Isnin dan penduduk kampung segera membawa mangsa, Senthamarai, 55, dan kemaluannya yang terputus ke Hospital Kerajaan Bellore sebelum dirujuk ke Pusat perubatan Rajiv Ghandi dan Hospital Chennai untuk rawatan.
Siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu berlaku, Senthamarai dan Jayanthi menyertai festival kuil pada malam Ahad. Kira-kira jam 1.30 pagi, Jayanthi keluar dari keramaian itu dengan alasan untuk melegakan dirinya.
Apabila Jayanthi gagal kembali ke pangkuan suaminya selepas satu jam kemudian, Senthamarai mula bimbang lalu pergi mencari Jayanthi dan menemui isterinya berada dalam posisi yang tidak senonoh dengan seorang penduduk lain. Dhatchanamoorthi.
"Senthamarai kemudian menarik tangan isterinya dan lelaki itu, serta mengugut memberitahu kepada orang ramai mengenai perhubungan sulit mereka.
"Namun suasana bising dalam keramaian itu menenggelamkan suara tanggisan Dhatchanamoorthi yang meminta pertolongan.
"Ketika berlaku pergelutan di antara mereka, Senthamarai terjatuh. Bimbang dirinya dan kekasih dibelasah, pasangan itu mahu segera melarikan diri sebelum penduduk kampung tiba di lokasi kejadian.
"Suspek kemudian bertindak menggigit kemaluannya sehingga terputus sebelum melarikan diri dengan kekasihnya," kata polis.
Polis bagaimanapun berjaya menahan Jayanthi selepas mengesan telefon bimbit Dhatchanamoorthi. Kes disiasat atas dakwaan berlakuan tidak senonoh di tempat awam, mencederakan mangsa dengan senjata berbahaya atau dengan sengaja, dan cubaan membunuh.
Suspek ketika disoalsiasat mengaku melakukan jenayah itu. Mahkamah mengarahkan Jayanthi direman di penjara wanita di Vellore.
August 05, 2018 at 11:08AM
0 Komentar