(Video) Menangis trauma, penyokong BN dakwa diserang penyokong pembangkang

May 05, 2018

The Reporter


Viral di media sosial video sekumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kuala Muda yang mendakwa seorang peniaga cuba menyerang mereka dengan sebilah pisau dalam kejadian baru-baru ini. 

Menurut Maznah Halim, peniaga air tebu yang dipercayai penyokong pembangkang cuba menyerang mereka sehingga mendatangkan kecederaan terhadap calon BN Parlimen P.015 Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusof.

"Tindakan seorang lelaki peniaga air tebu dipercayai penyokong pembangkang yang cuba menyerang kami mendatangkan kecederaan terhadap calon kami BN di satu jalan di pasar malam Kampung Kempas, Sungai Petani semalam.

"Kami rasa macam sedih lah kan. Dia terlampau agresif kat calon kami, kan. Sedangkan kami edarkan flyers itu secara bersih lah, elok lah, kan. Tiba-tiba Parlimen Sungai Petani dan Parlimen ini bertembung, dia jadi agresif. 

"Dia capai satu pisau, kan. Kalau abang BN kami tak ambil pisau itu, mungkin saya yang kena pisau itu sebab saya yang duduk kat tepi itu kan," katanya sambil seorang rakannya di sebelah menangis teresak-esak dan sesekali mengelap air matanya.

Maznah berkata, dia memohon pihak polis menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap peniaga terbabit kerana tidak mahu kejadian seperti itu berulang lagi di masa akan datang. 

"So, saya minta sangat-sangat pihak polis buat siasatan terhadap lelaki tersebut agar perkara ini tak berulang lagilah. 

"Kami daripada penyokong YB Datuk Shahanim, kami rasa sedih dengan apa yang berlaku kelmarin sebab dia adalah satu-satunya calon wanita. 

"Bila jadi keganasan macam ni, kami jadi terharu dan sedih. Jadi kami minta sangat-sangat pihak berkuasa ambil tindakan dan buat siasatan terhadap pakcik tadi lah, yang peniaga tu," katanya. 


Video itu juga viral di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen terutamanya rakan Maznah yang menangis teresak-esak itu. 


May 05, 2018 at 01:54PM

Previous
Next Post »
0 Komentar