'Pernah nampak Siti Nurhaliza di TV3 sejak dia keluar kenyataan mengenai kerajaan sebelum ini?' - Asyraf Khalid

May 12, 2018

The Reporter


Pilihan Raya Umum ke 14 sudah berlalu, tetapi pilihan raya pada kali ini ibarat tsunami bagi rakyat. Setelah berlalu, satu persatu pengakuan dan rahsia yang terbongkar. Sebelum ini, tular di media sosial pengakuan dari Datin Azrene yang merupakan anak kepada Datin Seri Rosmah Mansur. Pengakuan beliau juga telah mengejutkan ramai pihak.

Terbaru, tular di media mengenai pengakuan yang dibuat oleh anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, iaitu Asyraf Khalid. Asyraf yang memberikan komen di bawah kenyataan Syed Saddiq berhubung Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes semalam, mendedahkan keluarganya juga pernah menerima beberapa gangguan daripada kerajaan sebelum ini.


Asyraf mendakwa sebelum ini dia pernah menerima amaran selepas dia memuat naik gambarnya bersama Syed Saddiq. Dia diminta untuk tidak berbuat demikian kerana tindakannya itu dianggap sebagai satu tanda sokongan secara terbuka kepada Ketua Pemuda Bersatu itu.

“Kita berada di dunia yang tidak bebas melakukan sebarangan termasuk membuat posting di Instagram,” katanya.

Bagaimanapun, Asyraf kini gembira atas perubahan baharu yang berlaku dan berharap keadaan akan kekal selamanya.

“Saya mahu lihat Malaysia terus maju,” katanya.



Semalam, Syed Saddiq menggesa orang ramai supaya berhenti mengecam dan melabel Tony Fernandes sebagai seorang pengkhianat.

Kata beliau, Tony telah didesak untuk melakukan sokongan terbuka kepada kerajaan sebelum ini.

Menurut Syed Saddiq, beliau berjanji era kerajaan baharu ini akan memastikan rakyat Malaysia mempunyai hak untuk memberi kritikan secara terbuka kepada kerajaan.

Asyraf Khalid turut berterima kasih kepada Ahli Parlimen Muar itu atas keberanian beliau bersikap lebih terbuka.

Sumber: Astro Awani


May 12, 2018 at 02:50PM

Previous
Next Post »
0 Komentar