The Reporter
Pelakon Rita Rudaini mendedahkan secara eksklusif gambar pernikahannya dengan bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd Razak yang diadakan di sebuah gudang beras di Thailand.
Memetik laporan mStar Online hari ini Rita berkata, gambar kenangan itu diambil ketika upacara akad nikah.
"Foto itu saya simpan baik-baik dalam sebuah cakera padat agar tidak tersebar, kini sampai masanya saya kongsi dengan orang yang nak tahu bagaimana perjalanan hidup saya.
"Kami bernikah di sebuah gudang beras kerana ketika itu imam tersebut rumahnya di atas gudang itu. Dia beri pilihan untuk bernikah di masjid, tapi takut ada orang yang kenal," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di majlis pelancaran buku Kerana Aku Seorang Perempuan yang diadakan di PWTC.
Buku tersebut menceritakan kisah benar kehidupan Rita Rudaini yang ditulis oleh Pengarang Pancaindera Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.
Menurut Rita, ia bukan untuk membuka aib atau meraih simpati mana-mana pihak, sebaliknya memberi kekuatan kepada wanita yang mengalami nasib sama. Malah katanya, semua kisah kehidupannya diceritakan dalam buku itu tanpa berselindung.
"Kisah ini dari mula sampai akhir sangat berat saya tanggung. Saya tahu ada orang lain yang berhadapan dengan kehidupan yang lebih teruk daripada saya.
"Kalau saya jujur orang marah dan kata saya raih simpati. Saya tidak raih simpati sesiapa pun. Cuma saya kongsi rasa susah sangat bila ditinggalkan bertiga. Saya rasa sebelah sayap saya patah," katanya.
Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2009 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9 dan Airit Qaqa Arjuna, 7. Namun pasangan itu berpisah pada 5 September 2013.
FOTO MSTAR ONLINE |
Beliau kagum dengan ketabahan Rita yang berhadapan dengan pelbagai ujian.
"Saya kenal dia sejak 20 tahun lalu dan ada bersamanya ketika dia berhadapan dengan pelbagai ujian.
"Dia boleh dikatakan sebagai ikon wanita yang tabah dan semua saya tulis dari perspektif Rita sendiri. Tapi untuk mengelakkan mana-mana pihak terasa hati, ada yang saya tidak kongsikan kepada pembaca," katanya.
Sumber: mStar Online
May 01, 2018 at 09:37AM
0 Komentar