'Itulah kali terakhir dia dilihat masih hidup' - 3 kes bunuh yang pernah menggemparkan negara

May 17, 2018

The Reporter


Negara kita pernah digemparkan dengan kes-kes pembunuhan yang mengejutkan. Kes pembunuhan ini melibatkan wanita-wanita yang teraniaya. Malahan ada yang mendakwa kes ini menjadi misteri kerana turut melibatkan orang-orang kenamaan yang dikatakan sebagai perancang utama, namun telah dinafikan oleh pihak berkuasa. Motif di sebalik kes-kes pembunuhan yang melibatkan tiga orang wanita ini mengundang pelbagai persoalan.

Bebenang di Twitter yang dimuat naik oleh Ayim mendedahkan kes-kes pembunuhan kejam yang berlaku ke atas tiga orang wanita iaitu Norrita Samsuddin, Noor Suzaily Mokhtar dan Canny Ong. Ketiga-tiga wanita ini mengalami nasib yang sama semasa penghujung hayat mereka. Mereka telah dirogol dan dibunuh. Suspek pembunuhan ke atas Noor Suzaily dan Canny Ong telah dijatuhkan hukuman, namun suspek kes pembunuhan Norrita Samsuddin sehingga ke hari ini belum dikenalpasti.

ANTARA PEMBUNUHAN KEJAM YANG PERNAH MENGGEMPARKAN MALAYSIA

1. PEMBUNUHAN NORITTA SAMSUDDIN - 25 DISEMBER 2003

Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi misteri.

Pembunuh sebenar Noritta Samsuddin masih belum terjawab, meskipun jurutera awam di sebuah badan kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36,  didakwa membunuh mangsa di alamat 22, Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri Hartamas dalam kejadian antara jam 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. Hanif ditahan dan dibicarakan, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. 

Hanif diisytiharkan oleh mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati akibat kekurangan bukti. Mayat Noritta ditemui dalam keadaan menyayatkan hati di mana mayatnya dalam keadaaan bogel, tangannya diikat di belakang dengan wayar dijerutkan ke leher dan mulutnya disumbat dengan kain. Selain itu, kaki Noritta juga diikat dan mangsa diipercayai telah dirogol sebelum dibunuh.

Pembunuhan Noritta diselubungi kisah-kisah yang mengaibkan terutama kisah peribadinya. Hasil siasatan pihak forensik mendapati, terdapat takungan air mani yang banyak. Ini memungkinkan bahawa mangsa telah dibunuh bukan hanya seorang tetapi beramai-ramai. Namun, ia masih menjadi misteri kerana sehingga hari ini, pembunuh sebenar Noritta gagal dikenalpasti.

Dalam kes Noritta ini, timbul desas-desus bahawa adanya pengelibatan orang kenamaan yang disyaki sebagai perancang pembunuhan ini. Namun pihak berkuasa menafikan dakwaan itu.

2. KES ROGOL DAN BUNUH NOOR SUZAILY MOKHTAR

Pada 7 Oktober 2000, Noor Suzaily Mokhtar, 24, seorang jurutera komputer telah menaiki sebuah bas awam ke tempat kerjanya. Namun sesuatu yang tidak dijangkakan telah berlaku apabila Suzaily telah dirogol dan dibunuh oleh pemandu bas tersebut.

Pemandu bas dikatakan telah menurunkan kesemua penumpang bas kecuali mangsa, sebelum mengambil laluan jalan yang berbeza dan melakukan jenayah tersebut di sebuah tempat. Pemandu bas kemudian bergerak semula dan Noor Suzaily mengetuk pintu bas dan meminta tolong. Tindakan Noor Suzaily telah dilihat oleh seorang saksi utama yang merupakan seorang remaja lelaki. Itulah kali terakhir dia dilihat masih hidup.

Pesalah, seorang lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai anak, Hanafi Mat Hassan didapati bersalah dan dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 April 2002 kerana membunuh Noor Suzaily.

Pembunuhan berlaku di antara Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan tapak pembinaan projek perumahan di Taman Bukit Tinggi, Klang di antara jam 8.50 pagi hingga 9.15 pagi pada 7 Oktober 2000. Tertuduh yang pernah berkahwin sebanyak empat kali juga dipenjara selama 20 tahun dengan 12 sebatan atas tuduhan merogol mangsa.

Hukuman penjara yang dikenakan itu adalah maksimum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Hanafi telah menjalani hukuman gantung sampai mati pada tahun 2008.



3. CANNY ONG, MAYATNYA DIBAKAR, DISIMEN DAN DICAMPAK DALAM LUBANG SEDALAM 1 METER

Pada 13 Jun 2003, kehilangan seorang wanita cantik berdarah kacukan Cina dan India yang bekerja sebagai penganalisis teknologi maklumat di San Diego, California, menjadi berita sensasi media.

Kisah ini bermula dengan sebuah parti keraian tetapi berkesudahan dengan tragedi yang membingungkan. Apabila Canny menghadiri makan malam bersama kawan-kawannya, tiada siapa yang tahu ia sebenarnya menjadi majlis perpisahan mereka untuk selama-lamanya.

Pada malam kejadian, Canny telah pergi ke keretanya bersendirian untuk mengambil tiket parking yang tertinggal manakala ibu dan kakak mangsa menunggu di tempat pembayaran.

Tetapi, penantian ibu dan kakak mangsa selama 30 minit di kawasan bayaran tiket di Bangsar Shopping Center menjadi sia-sia apabila Canny telah diculik oleh Ahmad Najib Aris sebelum dirogol, dibunuh dan kemudiannya mayatnya dibakar dalam keadaan yang mengerikan.

Namun begitu, motif pembunuhan Canny Ong oleh suspek masih samar sehingga ke hari ini dan melalui keterangan di mahkamah, dia telah menghampiri sebelum menculik mangsa kerana Canny telah melanggar motosikal milik beliau dan tidak membayar ganti rugi. Suspek telah menendang mangsa masuk ke dalam kereta. Kemudian Canny telah dibawa ke sebuah kawasan sunyi di Kelana Jaya berhampiran Lapangan Terbang Subang.

Suspek dipercayai ingin merogol magsa di tempat kejadian tetapi terbantut apabila terdapat dua orang anggota polis peronda bermotosikal menghampiri kereta tersebut apabila melihat keadaan kereta yang mencurigakan. Suspek kes bunuh dan rogol Canny Ong akhirnya dihukum gantung sampai mati.



May 17, 2018 at 12:30PM

Previous
Next Post »
0 Komentar