The Reporter
Kisah seram dari saudara Naim Azhar ini sedang trending di Twitter. Kepada golongan yang lemah semangat adalah tidak digalakkan membaca kisah seperti ini dan jika anda berdegil, risiko di tangan anda sendiri. Juga kepada yang pembaca yang lain, tanamkan dalam diri untuk baca kisah-kisah ini sebagai hiburan sahaja. Jangan terlalu percaya kerana bimbang ia akan mempengaruhi emosi dan mental anda. Selamat membaca.
AKU berpindah ke rumah baru di Pandan Mas, Pandan Indah 8, Januari lalu. Kejadian aneh mula berlaku semenjak aku menjejakkan kaki ke rumah itu dan semalam paling teruk aku dan kawan-kawan aku kena. Ini adalah bebenang.
Masa awal-awal masuk ke rumah ini dulu, aku selalu juga terdengar siling rumah ada bunyi seperti ada orang lain menetap di rumah atas. Rumah aku ala-ala townhouse tiga tingkat. Jadi, aku buat tak endah sebab ingatkan jiran atas.
Kemudian aku mula perasaan kejadian aneh berlaku. Aku pun gelisah, rumah baru kan. Mula-mula pintu bilik belakang terkunci sendiri. Padahal masa keluar rumah, pintu semua yang ditutup tak dikunci. Bukan sekali, tetapi selalu tau.
Dua minggu kemudian selepas kawan aku, Shaheer duk main PS4 yang aku baru beli itu, yang dua orang lagi sedang tidur di dalam bilik aku. Dia main GTA dan tiba-tiba pintu yang selalu terkunci itu diketuk-ketuk. Terus dia berlari ke pangkuan kawannya dalam bilik yang sedang berdengkur itu.
Tetapi itu mungkin ilusi sahaja sebab kawan-kawan aku memang suka drama. Jadi, aku fikir positif saja.
Selepas itu, pernah aku tertidur di sebelah kawan aku dan dia di sebelah kanan aku. Tetapi ada orang kejutkan aku dari sebelah kiri. Aku pun terus bangun, terus tak jadi tidur. Perut terasa lapar, aku masak maggi.
Mungkin apa yang berlaku itu hanya sekadar khayalan aku saja. Aku selalu cuba berfikiran positif sebab malas nak fikirkan lebih-lebih. Lagipun aku duduk seorang.
Cuma kelmarin, aku dah keluar dengan kawan aku, Juju, pada siang hari. Sumpah aku ingat yang aku dah tutup kesemua suis dalam rumah. Jam lapan malam, aku balik ke rumah seorang diri. ,
Sampai di rumah, aku rasa sejuk menggigil. Kemudian bila periksa, angin sejuk datang dari bilik aku dengan pintu tandas terbuka dan lampu menyala. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu betapa cuaknya aku pada masa itu.
Ini gambar bilik aku sebelum bersepah.
Selepas itu aku okey dan rileks. Tiba-tiba seorang kawan aku dah sampai. Aku ambil di bawah (rumah aku tingkat satu je), naik ke rumah terus aku letak kunci di atas meja office aku dan kawan aku berehat di sofa sebab aku nak mandi. Itu office dan sofa hall aku. Okaylah, biasa saja kan.
Dah siap mandi semua, kitorang nak keluar sebab nak pergi dinner. Nak ambil kunci, tengok kunci dah tak ada atas meja. Apa lagi, runsinglah kepala dibuatnya. Ke mana pula hilangnya kunci? Aku cari di bilik, dapur, tandas bagai. Manalah tahu kalau tercicir, kan?
Tetapi musykillah juga sebab aku letak di situ tadi dan aku terus pergi mandi. Aku tanya kawan aku, "Eh, kau ada ambil tak ke perasan ke?". Dia kata dia nampak aku letak atas meja, jadi betullah aku tak berilusi pada masa itu.
Dah lama mencari tak jumpa-jumpa, aku suruh dia pergi start enjin kereta dan biar aku cari sendiri dan kawan aku pun turun. Aku kemas meja, periksa dalam beg semea tak ada. Di atas meja pada masa itu ada Clutch LV Supreme aku dengan sling bag CK. Dah angkat letak balik, masih tak jumpa. Aku dah mula terfikir, ini kerja siapa.
Tetapi dalam hati cuak juga sebenarnya. Aku pun marahlah, "Please bagi balik kunci rumah aku. Aku nak keluar. Please lah.".
Tiba-tiba rasa seram, naik meremang bulu roma. Aku ambil phone dan turun ke gate, call kawan aku tanya ada ambil tak, periksa balik. Dia kata dia tak ambil. Okaylah aku kata, tunggu sekejap aku nak periksa lagi. Aku naik ke atas dan pergi ke meja office. Kau tau aku nampak apa?
Kunci rumah aku ada di bawah sling bag CK itu. Ye, dia letak balik. Punyalah aku mencari dari tadi di tempat yang sama, tiba-tiba bila aku masuk ke rumah semula, kunci ada pula. Terus meremang bulu roma aku. Tak tahu nak buat apa.
Kebetulan jiran atas naik ke rumah, aku pun teruslah tegur. Lelaki jiran aku itu ada keluarga.
"Maaf ye bang, mengganggu. Bukan apa ye, saya cuma nak tanya abang, dah lama ke duduk di sini? Saya baru duduk di sini. Nak tanya rumah abang ada gangguan tak?" aku tanya dengan peluh-peluh ketakutan.
Belum sempat aku nak jelaskan, dia kata;
"Oh, gangguan apa dik? Kalau pintu terkunci sendiri, pintu diketuk-ketuk itu adalah normal."
Kau rasa?? Apa yang aku rasa masa itu dia punya nervous! Bincang punya bincang, aku kata kalau ada apa-apa yang berlaku, aku lari ke rumah dia. Dia okay dan nama dia abang JJ. Sampailah semalam jadi teruk.
Jadi, semalam basically ada empat orang dalam rumah. Semua sisters lah. Kemudian salah seorang perasan yang rumah aku ini lain macam sikit. Dia dah nampak dari balkoni, ada sesuatu di bawah rumah. Balkoni rumah aku macam ini saja, kecil.
Kemudian masing-masing buat hal sendiri. Aku dengan Juju di hall, Juju nak keluar balkoni sebab ada lelaki call dia. Dia terus "Naim sini! Naim!"
Aku pun apa lagi, cuaklah. Dia panggil Sis Laura ikut dia. Baru aku ikut. Masa itu Kak Mel tengah mandi, dia tak tahu apa-apa.
So aku suggested kiteorang renjis Air Yassin lah kan sebab dah bau wangi bunga kat Kubur tu bunga apa tu bunga yang putih tu. Sumpah ye naik bulu roma. Dah baca - baca renjis lah pic.twitter.com/SrgSRGsfur— Naim Azhar (@NaimHumphrey) March 6, 2018
So aku suggested kitorang renjis air Yassin lah kan sebab dah bau wangi bunga di kubur tu. Sumpah naik bulu roma. Dah baca-baca, renjislah.
Masa merenjis itu, Kak Mel dalam tandas menjerit memanggil aku dan Sis Laura. Dia menggigil ketakutan. Rupanya dia terdengar seperti ada bunyi haiwan besar merengus dan kemudian water heater meletup. Kebetulan? Bila difikirkan balik, seram juga.
Masa pasang surah ruqyah itu, aku seorang diri di hall dan yang lain berada dalam bilik. Kemudian aku rasa semacam, bau ambi pur aku ke bau bunga kubur tu? Makin kuat pula baunya dan bulu roma naik tiba-tiba. Aku betul-betul rasa yang benda itu berada di belakang aku. Ya Allah, masa itu hanya Tuhan saja yang tahu betapa cuaknya aku.
Aku duduk diam-diam dan panggil Juju.
"Juju, Juju, Juju, tolong aku cepat, please cepat."
Dia keluar ambil aku di hall, terus dia cakap 'Astarghfillah Naim, kuatnya bau. Cepat-cepat, masuk bilik!"
Lepas itu kitorang duduk dalam bilik dan mulakan upacara yang sepatutnya dibuat dari awal lagi.
Lepastu kiteorang duduk dlm bilik mulakan lah upacara yang sepatutnya dibuat awal lagi. pic.twitter.com/uyXy5E8gH5— Naim Azhar (@NaimHumphrey) March 6, 2018
Kitorang buat satu rumah juga malam tadi sebab dah tak tahan. Sebelum ini biasa-biasa saja, cuma semalam rasanya dah macam makin teruk sebab dia dah kasi bau dia keluar. Sebelum dia munculkan diri, lebih baik kita 'cuci rumah' dulu.
Kiteorang buat satu rumah juga malam tadi sebab dah tak tahan. Sebelum ni biasa - biasa je cuma semalam rasanya dah mcm makin teruk sebab dia dah kasi bau dia keluar so mcm before dia munculkan diri next baik kita cuci rumah. pic.twitter.com/UVtv1JoqKl— Naim Azhar (@NaimHumphrey) March 6, 2018
Tapi malam itu tak habis macam itu saja. Selepas 'pagar' rumah, kitorang lepak di hall. Kemudian Juju pergi dapur nak ambil barang katanya. Juju sebenarnya dah takut tapi entah kenapa dia tak jerit. Dia SMS aku dari dapur dan suruh aku pergi ke dapur. Memang taklah kan.
But malam tu tak habis mcm tu je ye. Mungkin lepas dah seal rumah. Hagittuh seal rumah kau ingat ni take away nak seal seal. Kiteorang lepak kat hall, then juju pergi dapur nak amik barang katanya.. pic.twitter.com/O4HywwnIEP— Naim Azhar (@NaimHumphrey) March 6, 2018
Ini WhatsApp dia, tengok masa dia kena kacau itu jam berapa. Aku tak tipu atau saja nak buat cerita untuk viral apa. Rupanya di dapur itu, kami nampak ada jembalang di pokok depan dapur aku itu tengah bertenggek macam monyet menghadap landasan Star LRT itu.
Duduk bilik jauh-jauh dari balkoni sebab takut sambil pegang surah ruqyah. Tapi kan, ingat tak tadi aku cakap ada jiran atas? Sebenarnya atas rumah aku tak ada orang pun. Aku pun baru tahu minggu lepas. Habis tu selama ini bunyi apa di atas rumah?
Duduk bilik jauh - jauh dari balcony sebab takut sambil pasang surah Ruqyah. Tapi kan ingat tak awak - awak tadi aku cakap ada jiran atas, sebenarnya atas rumah aku takde orang pun. Aku baru tahu last week nyah. Habistu selama ni bunyi apa atas rumah? 😩😩😩 pic.twitter.com/UpIlmUNj7g— Naim Azhar (@NaimHumphrey) March 6, 2018
InshaAllah Khamis malam Jumaat keliwon ini kami nak buat pembersihan betul-betul dan inshaAllah berambuslah mereka-mereka yang mengganggu. Maklumlah nanti aku nak buat open house, tak ada sesiapa pula yang nak datang.
Sumber: Naim Azhar
March 07, 2018 at 02:45PM
0 Komentar