'Tolonglah jangan sewa bilik di rumah ini!' - Tak tahan diganggu, penyewa tekad keluar setelah 4 minggu diganggu 'sesuatu'

November 18, 2017

The Reporter


Nak menyewa rumah atau bilik, perlulah melihat keadaannya dulu. Jangan sewenang-wenangnya terus bersetuju dan membayar deposit berdasarkan apa yang dilihat pada gambar iklan. Apa yang berlaku pada dua gadis bernama Izzatie dan Ann benar-benar menyeramkan. Semoga anda semua tidak mudah terpengaruh dengan harga sewa yang ditawarkan ya. 

KHAS untuk student atau pekerja wanita yang mencari bilik sewa di area Seri Iskandar. Tolonglah jangan sewa bilik di rumah ini. Kalau nak tahu, baca sebab apa. Tolong share, biar semua orang tahu. 

Okay sekarang saya duduk berdua dengan housemate saya, @xann_abdullahx. Masa mula-mula deal dengan owner, semuanya okey dan elok 'kononnya'. Tetapi selepas seminggu tinggal di rumah sewa ini, pelbagai masalah yang timbul. Mula-mula tak bersembang lagi dengan Ann, sebab waktu kerja tak sama. 

Selepas itu tandas rumah problem. Saya direct terus dengan owner. Yelah, apa perasaan korang kalau stay di rumah tapi nak buang air besar pun tandas tak elok? Mesti bengang, kan? Ingatkan owner akan mengambil tindakan, tetapi dia pula suruh kitorang yang selesaikan. 

Saya mengambil keputusan untuk menghubungi pihak Indah Water. Dah call, sekejap saja pihak Indah Water deal dengan owner nak datang rumah tengok keadaan tandas. Bila dah tengok tandas apa semua, dia suggestkan suruh panggil plumber. 

Keesokan hari, plumber dah baiki tandas, owner boleh pula sound kitorang buang macam-macam dalam tandas. Penyalah mendidih rasa darah di kepala ini. Masuk pun baru sekali dah kena sound weh. Sedih tak sedih hidup kau? 

Mula-mula dulu ayat manis saja. Kalau ada masalah beritahu, last-last kena tuduh macam-macam. Sampailah satu hari itu saya nak basuh baju, ingatkan mesin itu 'elok' sangat. Rupanya bermasalah juga! Owner cakap semua barang okay, okay dan okay. Dah terpaksa berhabis duit membasuh pakaian di dobi.


Sebelum intu kalau korang nak tahu, rumah ini dah lama kena tinggal sampailah housemate yang Ann ni nak masuk. Dia dengan mak dia yang bersihkan rumah. 

Bayangkan peti ais kotor, dia dan mak dia yang cuci. Sebelah rumah kitorang ini, rumah dia macam hutan dan memang menakutkan gila. Dia jugalah yang tebas-tebas segala pokok yang dah masuk ke dalam rumah. Yang lagi bengang bila rumah kitorang macam ada orang lain masuk. 

Bila beritahu owner, dia salahkan kitorang. Ya Allah, kenapalah dapat owner fake begini?! Luar bertutup labuh, cakap slow macam berbisik tetapi perangai dia Tuhan saja yang tahu. Itu tak termasuk lagi cerita budak-budak lelaki di belakang rumah, memang sangat berbahaya. Tak termasuk lagi dengan cerita-cerita misteri di rumah tinggal itu. 

Housemate saya ini kerja kilang, biasalah syif ada minggu siang dan malam. Nak dijadikan cerita, waktu itu saya tak tahu yang dia syif malam. Malam itu saya bangun nak minum air dalam bilik je, tak keluar pun. Tiba-tiba terdengar macam ada orang masuk rumah, selepas itu dengar ada orang mandi. Tak apalah, fikir positif, mungkin dia baru balik nak mandi, rehat-rehat. 

Keesokan harinya, saya tanya Ann semalam balik jam berapa. Dia kata dia syif malam dan tak balik. Hahaha! Okay fine, kau nak mandi eh ghost. Okay, tak apa. 

Esoknya, saya balik kampung, tidur di kampung. Tak berani nak stay rumah seorang diri. Next week itu, Ann syif siang. So malam Ann ada, dia ingat saya ada di dalam bilik sebab dia dengar macam ada orang dalam bilik. Lupa nak beritahu Ann yang masa itu saya masih di kampung lagi. 

Sehinggalah hari Jumaat itu saya balik ke rumah sewa sebab nak ambil barang, nak pergi ke Kuala Lumpur. Saya park kereta di rumah sewa tetapi naik kereta cik abang ke Kuala Lumpur. Masa balik itu, motosikal Ann ada di rumah. Tetapi bila panggil, tak ada orang sahut pun. Mungkin Ann keluar makan dengan kawan-kawan dia. So malam itu memang tak jumpa Ann. 

Saya berada di Kuala Lumpur selama empat hari. Sepanjang tempoh itu, Ann sentiasa ingat saya ada di rumah sebab dia cakap dia dengar ada orang berada dalam bilik saya. Bukan itu saja, dalam rumah itu ada tiga buah bilik. Saya duduk di bilik single, Ann di bilik tengah dan bilik di depan pula kosong. 'berpenghuni'. 


Hmm, susah nak explain tetapi setiap kali bersembang di ruang tamu, waktu itu juga rasa ada yang bersembang dalam bilik itu. Bilik depan ini ada tingkap yang menghadap depan rumah. Setiap kali nak keluar rumah, mesti rasa dia dok tengok-tengok kitorang keluar. 

Beberapa hari lepas, saya balik kampung dan tidur di kampung. So tinggallah Ann seorang-seorang di rumah disebabkan kitorang 'terpaksa' kentalkan hati, so masing-masing abaikan perasaan takut itu. Tapi malam yang Ann tidur itu, dia dengar bunyi bising-bising seperti orang masuk drumah. Kasihan gila tinggal dia seorang-seorang di rumah pada waktu itu. Nak balik pun dah lewat, badan pula tak berana nak sihat sampailah cerita terbaru yang terjadi malam semalam. 

Malam semalam saya ingat nak tidur di kampung sebab dah alang-alang berbuka puasa di sana. Tetapi malam itu rasa nak juga balik ke rumah sewa, jumpa Ann. So sampai saja di rumah, rasa macam ada yang mengintai dari bilik depan. Saya buat bodoh saja dan masuk rumah bagi salam serta panggil Ann keluar. Dia keluar dari bilik dan kitorang pun bersembanglah itu ini sampailah Ann ketuk-ketuk pintu bilik depan. Waktu itu rasa takut saja dengar bunyi dia ketuk balik dari dalam. Allah. Ann ni buat pasal betul. 


Dah puas bersembang dengan Ann, masuk bilik tidur. Dia tak nak dengar bunyi-bunyi itu, dia pasanglah lagu sambil tidur nak menghilangkan rasa takut itu. 

Malam itu pula, tiba-tiba tekak rasa nak makan kokokrunch. Saya pun keluar dari bilik dan ambil susu untuk makan. Dah habis makan, keluarlah nak cuci mangkuk sambil layan lagu yang Ann pasang, memang jiwang dan mungkin waktu itu dia dah lena. Boleh pula saya dengar ada 'suara lain' yang menyanyi sekali. Memang lajulah saya masuk bilik dan kunci pintu, terus tidur. 

Apa yang terjadi pada malam semalam dan pagi ini yang membuatkan kami memang dah tekad nak balik kampung juga hari ini. 

Malam tadi sebelum balik ke rumah, memang dah standy dengan segala surah-surah sebelum masuk. Selepas itu dalam jam 9 malam, keluar pergi dobi dan pergi makan. Dalam perjalanan nak balik, memang rasa berat hati sangat, memang rasa nak balik kampung saja. Tetapi Ann kata nak kemas baju semua. 

Sebelum balik, macam biasa, pasang surah siap-siap masuk rumah duduk di ruang tamu sambil melipat kain. Tiba-tiba bunyi motosikal hon di depan rumah panggil "Annnnn!!" 

Mulanya macam tak nak pergi, bila tengok jam di telefon baru jam 11.53 malam, so Ann bangun dan jenguk di luar, tiada sesiapa. Kami sambung semula kemas bilik baju apa semua sebab memang nak keluar dan tak nak duduk di rumah itu lagi. 

Ann tidur di bilik dia dan saya di bilik saya. Malam itu memang mata mengantuk yang amat tapi tak boleh nak tidur sebab rasa takut lain macam. Waktu itu dah jam 1.05 pagi. Macam biasa dengar orang buka grill masuk rumah, buka pintu bilik bla.. bla.. bla.. Terus sumbat telinga dengan earphone dengar lagu. Terdetik dalam hati, kuat gila Ann pasang lagu. Takutlah kot? Kesian Ann, hadoii! 

Dah jam 1.50 pagi masih tak boleh tidur. Kuatkan diri suruh member datang rumah dan ajak dia pergi McDonald. Dia pun okay dan datang rumah. Selepas itu minta dia temankan saya di rumah malam tadi. Rasa selamat sikit sebab berdua, kan? Okey tak apalah. Selepas saja balik itu memang tidurlah walaupun tak berapa nak lena. 

Sampailah pagi tadi! Pagi pun dia ada, gila betul! Waktu itu saya bangun siap-siap nak pergi kerja. Ann memang dah siap mandi dah. Lepas Ann tanya, 

"Kenapa? Tak tidur ke semalam?" 

Bukan tak tidur, tak boleh tidur. Bunyi macam biasa dengar itu, Ann pun dengar. Sampai saya tegur Ann, kuat gila Ann pasang lagu semalam. Muka Ann terus berubah gila. 

"Ann pasang surah semalam, sumpah, surah!" 

Muka masing-masing dah pucat, memang terkejut yang amat sambil ambil tudung nak pakai itu, member saya baru bangun dia nak balik. Saya sambung bersembang dengan Ann. Bila masuk sekali lagi, dia kata begini,

"Tadi Ann masuk bilik cari barang ke? Pakai baju hijau slow tudung hitam.." 

Wehh! Bertakung terus air mata, cepat-cepat suruh member keluar tengok Ann pakai baju apa. Ann pakai tudung merah, baju hitam. Saya pakai baju putih tudung hijau. Ya Allah, kau siapa gila!? Siap member tanya sembang bertiga di luar, Ann bawa kawan ke sebab dengar suara lain. Allahuakbar! Sumpah takut tak tipu, memang takut. 

Saya cuba cerahkan gambar ini tetapi saya tak tahu apa yang saya nampak ini, korang nampak ke tak. 


Jam 5 petang, ustaz sampai. Turun saja dari kereta, duduk depan pagar, dia kata rumah ini ada 'penjaga'. Saya pun bukalah pintu bagi dia masuk tengok dalam rumah. Dah masuk dalam rumah, saya beritahu yang bunyi itu datang dari bilik depan yang berkunci itu. 

Selepas itu, ustaz itu boleh buka pintu itu guys. Dia masuk dan clearkan rumah itu. Dia dapat tangkap tiga jenis benda yang ada dalam rumah itu. 
  1. Hantu raya.
  2. Perempuan satu lagi ustaz itu tak ada kata apa bendanya. Dia kata bila dah ada benda di tempat itu, biasanya memang akan ada yang lain datang duduk sekali. 
Tak apalah. Dah selesai buat semua itu, tiba-tiba owner datang. Sebab budak baru nak masuk bilik depan itu. Dah habis bersembang dengan owner semua, saya pun pergi minum dengan ustaz dan tanya lebih lanjut. 

Tetapi kes di sini yang saya tak faham bila owner itu cakap dia baru beli rumah itu hujung tahun lepas. Selepas itu dia cat rumah dan terus sewakan. Tetapi kenapa bila Ann masuk rumah itu kena tinggal dia kata rumah itu sentiasa ada orang sewa? So mana satu yang nak percaya ni? Entahlah, susah nak percaya. 

Tetapi banyak juga feedback yang saya dapat dari penyewa-penyewa sebelum ini. Memang mereka pun kena kacau juga. Antara cerita-cerita yang saya dapat:

"Saya balik, rumah bersepah. Sampaikan syiling pun jatuh. Lepas itu lampu terbuka sendiri semua. Ada juga yang kata 'duduk bilik belakang itu rasa panas gila macam bahang', 'bilik depan itu memang menakutkan'. 

Guys, saya dan Ann tiada niat nak menjatuhkan owner rumah ini. Cuma dia perlu upgrade rumah ini menjadi lebih elok. Niat saya hanya mahu semua orang berhati-hati kalau nak sewa rumah atau bilik. 

Sekarang saya dah balik ke kampung. Esok pagi nak pergi ke rumah itu angkut semua barang. Kalau korang nak tahu keadaan rumah sebelah kitorang itu, hutan dia seperti dalam gambar ini.


Saya dah ajak ibu pergi ambil barang-barang yang tinggal di rumah itu dengan menaiki kereta. Masa sampai, rupa-rupanya Ann dah sampai dulu. Masa kitorang nak masuk, 'dia' tak bagi masuk dan pintu ditahan dari dalam. Tetapi bila dah baca ayat kursi semua, Alhamdulillah pintu dah boleh dibuka.

Barang-barang saya semua dah ambil, cuma tinggal barang-barang Ann sikit saja lagi.

Menurut jiran di belakang rumah, dia ada terdengar bunyi benda terjatuh dalam rumah sewa kami. Kira dua kali juga dia dan kawannya terdengar. Tidak lama selepas itu terdengar pula suara budak menangis berselang dengan ketawa. Sampaikan housemate dia tak berani nak tidur bilik belakang yang bertentangan dengan rumah sewa kami. Mungkin 'dia' marah sebab 'kawan-kawan' dia dah kena angkut ustaz semalam.

Tak tahulah nak cakap macam mana dah. Saya harap semua ini dapat diselesaikan dengan baik. Syukur sangat sebab Allah SWT permudahkan segala urusan kami keluar dari rumah itu.

Sekian cerita yang terjadi sepanjang empat minggu saya menyewa di rumah ini. Kalau ada sesiapa yang nak menyewa bilik di rumah ini, cuba periksa betul-betul supaya korang tak teraniaya seperti saya. Jangan baru tengok gambar dah setuju deal nak bayar deposit apa semua, okay. Assalamualaikum. 



November 19, 2017 at 05:36AM

Previous
Next Post »
0 Komentar