Takut naik eskalator, datuk tampar cucu sampai hidung berdarah

November 16, 2017

The Reporter


CHINA - Seorang lelaki berusia 49 tahun yang menampak cucu perempuannya berusia 4 tahun sehingga hidungnya berdarah ditahan reman selama lima hari, lapor South China Morning Post

Kejadian yang sempat dirakam kakitangan pasar raya itu dikatakan berlaku pada Isnin lalu di Yongzhou, wilayah Hunan. 

Rakaman video menunjukkan muka mangsa berdarah sedang dirawat oleh seorang wanita, kakitangan pasar raya berkenaan. Juga kelihatan tompokan darah di lantai, di kaki dan baju mangsa, sementara datuk dan adik lelaki mangsa yang berusia satu tahun hanya memerhatikan mangsa. 

Namun secara tiba-tiba lelaki terbabit menolak kakitangan berkenaan lalu menampar kepala mangsa dengan kasar sebanyak beberapa kali. 

Keadaan itu memaksa dua kakitangan tampil melindungi mangsa dari terus dipukul datuknya. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Yongzhou pada tengah hari Ahad lalu berkata, suspek telah membawa dua beradik berkenaan ke pasar raya. Tetapi suspek menjadi berang apabila mangsa enggan menggunakan eskalator kerana takut. 

Suspek yang hilang kesabaran lalu menampar mangsa di bahagian muka menyebabkan hidungnya berdarah sebelum dibantu oleh dua kakitangan pasar raya berkenaan. 


Dalam keterangan suspek kepada polis pula menjelaskan dia menampar mangsa buat kali kedua kerana kanak-kanak itu enggan berhenti menangis. 

Apabila polis menghubungi dan memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa mangsa, mereka merayu agar polis menggugurkan kes itu. Malangnya rayuan mereka tidak diendahkan dan suspek ditahan reman selama lima hari untuk siasatan atas dakwaan mencederakan mangsa dengan sengaja. 


November 16, 2017 at 02:02PM

Previous
Next Post »
0 Komentar