Suami tembak isteri sampai mati kerana failkan perceraian di mahkamah

November 14, 2017

The Reporter


Seorang wanita ditembak mati dengan enam das tembakan oleh suaminya yang berang dengan mangsa memfailkan tuntutan cerai di mahkamah, lapor Coconut Jakarta. 

Dalam kejadian jam 2 petang Khamis lalu, mangsa, Doktor Letty Sultri, yang sedang bertugas di Pusat Perubatan Azzahra di Jakarta Barat, didatangi suaminya, Doktor Helmi yang tidak bertugas pada waktu itu. 

Pasangan berkenaan dilaporkan bertengkar sebelum Helmi yang gagal mengawal kemarahannya lalu mengeluarkan pistol dan menembak mangsa sebanyak enam kali di bahagian muka dan dada.

Selepas kejadian itu, Helmi melarikan dan meninggalkan mayat isterinya. Namun Helmi menyerah diri di balai polis selepas dua jam kemudian dan menyerahkan dua pucuk pistol yang dibawanya. 

Siasatan polis mendapati motif kejadian adalah kerana suspek berang dengan mangsa yang mengugut mahu bercerai dengan suspek. Semakan rekod juga medapati, mangsa telah memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Jakarta Timur.





Walaupun Helmi adalah doktor, namun dia tidak mempunyai pekerjaan. Media melaporkan, Helmi kehilangan kerjanya di sebuah klinik selepas didakwa merogol kakitangannya, namun mangsa tidak membuat laporan mengenai kejadian itu kepada pihak polis. 

Menurut keluarga mangsa, Helmi telah mendera mangsa secara fizikal sebelum mangsa mengambil keputusan untuk memfailkan tuntutan cerai kerana sudah tidak tahan diperlakukan seperti itu. 

Polis berkata, mangsa sebelum ini pernah membuat laporan polis berhubung kes keganasan rumahtangga yang dialaminy pada Julai dan mahu menggunakan bukti dari siasatan pihak polis di mahkamah bagi menyokong tuntutan perceraiannya itu. 


Bagaimanapun, polis menyatakan mereka tidak pernah mengenakan dakwaan terhadap Helmi kerana mangsa telah berdamai dengan lelaki itu. 

Ahli keluarga mangsa dengan tegas menafikan kenyataan polis itu dan berkata mereka masih menunggu polis mengenakan dakwaan keganasan rumahtangga terhadap Helmi sehingga pada Khamis lalu mangsa ditembak mati. 

Ahli keluarga mangsa juga mendedahkan, Helmi sebelum ini pernah mengugut mahu membunuh mangsa beberapa kali jika mangsa meneruskan niat untuk memfalkan permohonan cerai. 

Polis menahan suspek dan didakwa atas tuduhan membunuh dan bakal dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun di penjara atau gantung sampai mati. 


November 15, 2017 at 03:04AM

Previous
Next Post »
0 Komentar