'Saya diekori lelaki warga asing sampai tangan menggigil ketakutan'

November 22, 2017

The Reporter


Golongan wanita dinasihatkan berhati-hati apabila berada di luar, terutamanya bila berjalan seorang diri. Ini kerana ada 'mata' yang memerhati dan menunggu peluang untuk mengambil kesempatan melakukan jenayah. 

Dalam kejadian jam 2.30 petang Isnin lalu, Nurliyana Mohd Ali Akbar, 20, menceritakan dia diekori seorang lelaki yang tidak dikenali dipercayai warga asing. Yana mendakwa, lelaki terbabit telah memerhati dan mengekorinya ke mana sahaja. 

"Tadi saya diekori oleh seorang lelaki warga asing dipercayai warganegara Bangladesh (saya teka sebab muka dia seperti bangla) sejak dari Sri Rampai hinggalah ke Tesco Ampang. 

"Paling best masa saya parking, dia pun parking tidak jauh dari saya, selang beberapa buah kereta. Kemudian saya tengok dia keluar dari kereta, saya cepat-cepat beredar. Dia pun terus lari masuk ke dalam kereta dia dan segera mengekori kereta saya. 

"Masa itu saya tak tahu nak pergi ke mana. Saya pergi ke balai polis di depan Galaxy itu. Dia nampak saya masuk ke balai, terus dia beredar. 

"Saya buat laporan polis dan sebelum itu saya sempat mengambil gambar nombor keretanya. 

"Serius saya rasa takut sangat-sangat tadi. Tangan semua dah menggigil. Dia tahu saya keseorangan sebab ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Sri Rampai, kereta dia berhenti di sebelah dan memerhatikan saya dalam keadaan yang mencurigakan. Sejak dari itu dia mengekori saya. 

"Kepada golongan wanita di luar sana, tolong berhati-hati. Warga asing sekarang dah mula mendatangkan bahaya. Serius nak menangis saya dibuatnya tadi. Tak tahu nak buat apa.


"For girls out there, please be more careful okay? Please, please and please. Kejadian ini baru saja berlaku pada saya tadi. Kalau kena follow macam ni, cari saja mana-mana balai polis dan terus pergi ke sana. Saya terselamat pun sebab saya masuk balai polis, terus mamat ini hilang. Take noted girls!" katanya.  


November 22, 2017 at 03:51PM

Previous
Next Post »
0 Komentar