Nak beli Myvi baru? Guna formula ini, '20:5:15'

November 19, 2017

The Reporter


Perodua Myvi baharu yang baru dilancarkan baru-baru ini menarik minat ramai anak-anak muda yang mahu memilikinya. Mana tidaknya, dengan kepelbagaian warna menarik, teknologi terkini, airbags sana sini, ditambah pula dengan fungsi pengimbas kad Touch 'n Go apabila melalui Tol, pasti memudahkan penggunanya. 

Namun begitu, bagaimana cara untuk membeli/memilikinya? Layakkah gaji anda terutamanya mereka yang baru bekerja atau baru nak hidup? Tuan Azizul Azli Ahmad, ada menyediakan panduan yang mudah difahami untuk anda. Semoga bermanfaat. 


PANDUAN BELI KERETA BARU BERGAYA

Kebelakangan ini, semakin banyak kereta baru akan dan telah keluar di pasaran. Ramai yang sudah terliur dan mula memasang angan-angan nak membeli Myvi, Iriz, Axia atau Bezza. Mari kita ulangkaji pelajaran, kereta yang layak kita beli adalah setahun gaji kita. 

Jika gaji baru RM2,000, kereta yang kita mampu beli ialah berharga RM24,000 sahaja. Jika tiada kereta baru, belajar naik motosikal dulu atau beli saja kenderaan terpakai. 

Bayaran kereta kita sebaiknya di bawah 15% dari gaji. Jika gaji RM3,000, ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 sahaja. Jika lebih, jurujual kereta akan kata;

"PADAN MUKA! JERAT SUDAH KENA!"

Boleh juga guna formula ini, 20 : 5 : 15
  • 20% Deposit kereta
  • 5 Tempoh Pembiayaan
  • 15% Dari gaji bayar kereta

Jika masih lagi sukar dapat jawapan nak beli kereta atau tidak, gunakan pula formula ini, Harga kereta / 12 bulan = Gaji layak beli
  • Jika harga Axia paling murah RM24,900 / 12 = RM2,075 gaji layak beli.
  • Jika harga Myvi baru paling murah RM44,300 / 12 = RM3,691 gaji kita baru layak beli Myvi baru yang seksi itu.



Memang seronok naik kereta baru. Kawan office puji tinggi sebab nak naik kereta 'free'. Tetapi sebaik-baiknya belajar menyimpan duit dulu, barulah belajar nak beli kereta. Lebih hebat lagi jika beli rumah dulu, baru kereta. Gegadis sangat suka sebab ada dapur IKEA. 

Beli atau guna kereta terpakai bukan dosa. Tak guna kereta baru jika sampai ke office pun lewat juga. Naik motosikal saja jika belum berumahtangga. Share ya bagi kawan-kawan pandai menilai kelayakan/kemampuan diri. 



November 20, 2017 at 02:06AM

Previous
Next Post »
0 Komentar