The Reporter
Video kejadian berdurasi dua minit yang viral di media sosial itu dipercayai berlaku di China.
Berdasarkan video, mangsa kelihatan sedang berjalan ke sebuah gudang yang dipercayai tempat kerjanya. Namun mangsa yang sedang leka menggunakan telefon bimbitnya itu tidak menyedari kereta di depannya sedang mengundur ke belakang.
Pemandu kereta yang juga tidak menyedari kehadirannya lalu merempuh mangsa menyebabkan wanita itu terjatuh.
Mangsa yang terkejut kemudian menendang belakang kereta itu dengan kakinya, manakala tangannya masih memegang telefon bimbit.
Menyangka tiada sebarang objek di belakang, pemandu itu kemudian terus mengundur menyebabkan badan mangsa terlipat dan terperosok di bawah kereta itu.
Beberapa rakan sekerja yang dipercayai terdengar suara jeritan mangsa kemudian segera datang dengan forklift untuk mengangkat kereta itu bagi menyelamatkan mangsa.
Beberapa oang lelaki yang lain kemudian datang menghulurkan bantuan dan menarik mangsa keluar dari bawah kereta tersebut dan difahamkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.
November 15, 2017 at 07:51AM
0 Komentar