Fattah Amin dan Nur Fazura selamat bernikah jam 9.50 malam tadi

November 27, 2017

The Reporter


"Dengan sukacitanya, kami dari pihak pengurusan Universal Music, ingin berkongsi berita gembira bahawa pelakon / penyanyi / usahawan wanita, Nur Fazura, telah sah bergelar isteri kepada pelakon lelaki popular, Fattah Amin, dengan sekali lafaz.

"Pasangan itu disatukan kira-kira pukul 9.50 malam (27 November) dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan pasangan tersebut," demikian kenyataan media yang dimuat naik beberapa media hiburan. 

Terdahulu, portal mStar Online melaporkan pasangan itu dikatakan melangsungkan pernikahan di hotel Ritz Carlton, Bukit Bintang di ibu negara. Beberapa pengawal peribadi dilihat berlegar-legar di sekitar lobi hotel.

Sekitar 6.30 petang, dua orang lelaki tiba di lobi hotel dipercayai membawa pakaian pengantin masing-masing berwarna putih dan pirus (turquoise) sebelum diiringi oleh pengawal untuk naik ke lif.


Tingkat 29 hotel ini yang kelihatan dengan nyalaan lampu biru dipercayai lokasi pernikahan Fattah dan Fazura. 

Hasil pemerhatian mStar Online lagi, keadaan di perkarangan hotel juga tenang dan hanya pada pukul 8 malam dua individu lengkap berpakaian baju kurung dan baju Melayu berwarna pirus muncul di lobi dipercayai hadir untuk ke majlis itu.

Seorang lelaki yang berpakaian baju Melayu dari warna sama kemudiannya dilihat turun mengambil dua tetamu berkenaan untuk ke tingkat 29. Hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh ke tingkat berkenaan.


November 27, 2017 at 03:00PM

Previous
Next Post »
0 Komentar