The Reporter
Viral di laman Twitter seorang pengguna kesal barangan yang dibelinya dari laman web sebuah kedai terkemuka tidak seperti yang dinyatakan dalam iklan. Malah sangat jauh bezanya.
Tweet yang dimuat naik oleh Joe pada 16 November lalu menyatakan, dia membeli sebuah beg laptop jenama HP. Namun, beg yang diterimanya jelas sekali berbeza dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati lalu Joe menghubungi pihak kedai berkenaan melalui e-mel untuk memaklumkan perkara tersebut.
Malangnya, maklum balas yang diterima dari pihak berkenaan tidak masuk akal.
"FYI, the bas was selling like hot cake and was come in few designs. The picture show in the web advertisement is for illustration only and might differ from the actual unit," kata e-mel tersebut.
Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, Joe kemudian memuat naik gambar perbezaan beg dan e-mel maklum balas berkenaan di akaun Twitternya.
"Elakkan beli barang di HN. Mungkin anda beli peti ais tetapi yang sampai, iron board dengan alasan, "The picture show in the web advertisement is for illustration only."
Joe juga memanjangkan perkara itu kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Menurut Joe, dia tertarik dengan iklan beg HP berkenaan dengan harga RM10 selepas diskaun lalu membuat pembelian. Namun, apa yang berlaku membuatkan dia benar-benar rasa kecewa.
"Pada 11 November, HN buat sale HP laptop bag RM10. Maka ramailah yang buat pembelian. Namun apa yang berlaku, ramai yang dicancelkan order walaupun sudah membuat pembayaran. Ada yang hanya menerima dua beg walaupun membeli tiga unit beg.
"Yang paling mengecewakan, HN berikan beg yang 100% lain dari yang diiklankan dengan alasan, ..."for illustration only".
"Ya memang harga RM10 tetapi jangan menipu pelanggan. Atleast warna berbeza okay lagi. Ini beg yang sampai nipis, boleh muat dua laptop. Ada yang beli untuk bawa buku ke kelas atau sekolah. Mana muat!
"Kalau warna lain boleh tahan lagi. Ini beg lain. Umpama membeli Myvi tetapi dapat Kancil. By the way, bukan masalah RM10, tetapi dalam kes ini seller menipu," katanya.
Sementara itu, netizen yang lain meminta pihak KPDNKK mengambil tindakan terhadap kedai berkenaan yang jelas sekali kes misleading advertisement.
November 18, 2017 at 03:03AM
0 Komentar