Budak 9 tahun maut dibunuh bapa yang bengang dengan isterinya keluar dari rumah tanpa izin

May 02, 2023

The Reporter



Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun maut dibunuh oleh bapa kandungnya sendiri, Muhammad Qodad Affaul @ Afan, 29. 


Afan tergamak menghabiskan nyawa anak perempuannya menggunakan pisau di dalam bilik rumah sewa di Dusun Plampang, Kecamatan Menganti, Indonesia pada Sabtu lalu, jam 4.30 petang. 


Lapor Kompas, mangsa yang dikenali sebagai 'Z', merupakan pelajar sekolah pondok dan kos persekolahannya ditanggung oleh datuk dan neneknya. Z pulang ke rumah datuk dan neneknya beberapa hari sebelum tibanya 1 Syawal.


Dodik, 62, dan Yani, 60, sepakat menghantar cucu mereka ke sekolah pondok kerana tidak tahan melihat menantu dan anaknya sering bertengkar. 


Afan dan isterinya selalu bertengkar disebabkan masalah kewangan. Afan bekerja di kilang pengeluaran pakaian, manakala isterinya pula tidak senang duduk di rumah dan selalu menyatakan hasrat untuk kembali bekerja di pusat karaoke. 


Pertengkaran yang selalu berlaku di antara mereka membuatkan rumah tangga yang dibina sejak bertahun lamanya menjadi semakin renggang. Pasangan itu pernah berpisah seketika tetapi kembali bersama semula. 


Sempena Hari Raya Aidilfitri, Afan dan isterinya menjemput anak mereka dari rumah Dodik dan dibawa pulang ke rumah sewa mereka di Menganti untuk tinggal bersama. 


Namun, selepas seminggu kemudian berlaku kejadian yang tidak diingini di mana isteri Afan keluar dari rumah tanpa kebenaran. Si isteri keluar selepas bertengkar dengan Afan dan dia dipercayai kembali bekerja di pusat karaoke. 


Afan yang pernah mempunyai rekod penyalahgunaan dadah menjadi hilang akal dan mencari cara bagaimana mahu membunuh anaknya. 


Dalam masa yang sama, Z mengambil sekeping kertas dan ditulis ucapan selamat tinggal kepada tiga orang rakannya. 




Pada sabtu, 29 April 2023, selepas azan Subuh berkumandang, Afan terus menuju ke dapur dan mengambil pisau lalu pergi ke bilik anaknya. Ketika itu, mangsa sedang tidur meniarap dan Afan menikam punggung anaknya bertubi-tubi. 


Mangsa tidak sempat berteriak, kejadian itu berlaku begitu pantas sehingga terus meragut nyawanya. 


Walaupun anak perempuannya telah mati, Afan berterusan menikam mangsa sehingga tembus ke jantung. Hasil laporan bedah siasat mendapati ada 24 kesan tikaman di badan mangsa.


Dengan pisau dan tangan berlumuran darah itu, Afan segera keluar dan melarikan diri dari rumah sewanya, sebelum menuju ke balai polis unttuk menyerah diri. 




Dodik dan Yani terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa cucu mereka, lalu datang ke balai sambil menangis. Mereka tidak menyangka bulan Ramadan yang lalu merupakan kali terakhir mereka bertemu dengan cucu kesayangan mereka. 


"Ibu bapanya selalu hisap dadah. Bagaimana bapanya tergamak membunuh anaknya sendiri. Tolonglah kenakan hukuman mati pada bapa dia," kata Dodik yang tidak akan memaafkan perbuatan menantunya itu.


Sementara itu, tidak diketahui di mana keberadaan ibu mangsa. 



May 03, 2023 at 02:53AM

Previous
Next Post »
0 Komentar