'Saya tak pernah buat statement tu' - Siti Nurhaliza kesal portal hiburan sebar berita palsu

April 30, 2023

The Reporter



Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza kesal sebuah portal hiburan menerbitkan sebuah artikel yang tidak benar membabitkan nama dirinya baru-baru ini. 


Dalam kenyataan menerusi akaun media sosial, Siti Nurhaliza meminta pihak berkenaan tidak menyiarkan berita palsu tersebut yang dipetik daripada sumber tidak jelas dan telah disunting untuk tujuan tidak bertanggungjawab. 


"Jangan panjangkan berita palsu dan saya tak pernah buat statement tu," katanya dalam hantaran di Instastory semalam. 




Berdasarkan gambar tangkap layar berita palsu itu mendakwa, Siti Nurhaliza dikatakan kesal dipanggil untuk bernyanyi di sebuah majlis di Kedah tanpa mengetahui majlis itu adalah majlis politik. Sedangkan Siti menegaskan dia tidak pernah sesekali mengeluarkan kenyataan itu di media sosial. 


"Siapalah yang pandai-pandai edit fake news ni gunakan nama Facebook saya yang verified dan forward merata-rata dan yakinkan orang ini posting sebenar. 


"Ini palsu. Cukup-cukuplah semua perkara nak dibuat macam ni. Saya ini penyanyi, menghiburkan semua orang. Bulan Syawal ni, bulan jalinkan silaturahim, bukan sebar-sebar berita palsu," katanya. 




Teguran Siti Nurhalia itu turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang menggesa rakan media sentasa menyemak kesahihan info sebelum menerbitkan berita. 


"Tindakan undang-undang boleh diambil leh agensi penguatkuasaan sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran," katanya. 


Sumber: Instagram Siti Nurhaliza, Twitter Fahmi Fadzil



May 01, 2023 at 05:31AM

Previous
Next Post »
0 Komentar