'Menu Ayam Goreng Extra Spicy 3X dibuat dari ramuan sebenar' - McDonald nafi menu barunya dibuat dari ramuan berbahaya

July 31, 2019

The Reporter


Susulan viral perkongsian seorang pengguna Facebook baru-baru ini yang mendakwa dirinya mengalami sakit perut luar biasa selepas memakan menu Ayam Goreng McD Extra Spicy 3X, pihak McDonald's telah memberi penjelasan. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 27 Julai lalu, McDonald's Malaysia menafikan menu tersebut dibuat dari ramuan berbahaya. 

"McDonald's Malaysia ingin memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa Ayam Goreng McD Extra Spicy dibuat dengan ramuan sebenar termasuk cili padi dan pelbagai rempah seperti capsicum dan lada hitam. 

"Kami juga ingin menekankan bahawa tiada ramuan tiruan ditambah dalam menu tersebut. 

"Kami memanggil menu itu tiga kali ganda lebih pedas kerana mahu menyerlah kepedasan menu tersebut kerana ia memang tiga kali ganda pedas dari Ayam Goreng McD yang biasa," kata kenyataan itu. 

Justeru, McDonald's Malaysia menasihatkan pelanggan yang mahu mencuba menu tersebut berasaskan toleransi peribadi diri pelanggan terhadap makanan pedas. 

Difahamkan, individu yang berkongsi mengenai dakwaan menu tersebut berbahaya kepada usus juga telah memadamkan luahannya itu. 

The Reporter juga memohon maaf kepada McDonald's Malaysia di atas penyiaran perkongsian luahan individu berkenaan. 



July 31, 2019 at 07:12AM

Previous
Next Post »
0 Komentar