The Reporter
Bila penyewa mesej mereka nak keluar rumah macam itu saja. Mereka mesej kata kunci rumah diletak dalam rumah, kemudian mereka block nombor telefon saya.
Rasa tak sedap hati terus pergi ke rumah. Bila tengok rumah, aduhai. Orang jenis apa yang duduk di rumah ini?
Selama ini kalau penyewa lain yang sewa, bila mereka keluar, kami suami isteri boleh saja cuci rumah sendiri. Tetapi kali ini saya mengalah. Tak selera saya tengok toilet begini. Penyewa ini jenis tak basuh toilet ke? Dah berkahwin dan dah ada anak, takkan perangai kotor begini?
Toilet satu hal, sinki boleh bengkok apa cerita? Apa yang awak buat sampai sinki pun bengkok begini? Mozek di dinding pun banyak tercabut.
Kami memang tak pernah nak periksa rumah sebab mahu menjaga privasi penyewa. Tengok-tengok rumah dah jadi begini. Sudahlah rumah sewa sebelum ini kami cat lawa-lawa. Tak kisahlah tinggal rumah kotor sebab kita faham takkan selepas angkut barang, awak nak kemas barang? Tapi bila barang-barang rumah banyak rosak, itu yang menyakitkan hati.
Seperkara lagi. Bang oii, kepala paip pun nak bawa lari ke?
Dahlah si suami baik hati tak pernah nak menaikkan kadar sewa rumah. Deposit pun ambil satu bulan saja sebab tak mahu membebankan penyewa. Tengok-tengok orang buat kami begini, memang rasa nak marah. Duit deposit rumah yang ada pun tak dapat nak tanggung kerosakan yang mereka tinggalkan.
Sekarang masalahnya penyewa sudah lari dan tidak dapati dicari. Kalau esok dia masih berdiam diri walaupun kami sudah menghubungi dia melalui mesej, tindakan susulan akan diambil sebab semua perjanjian ada.
Akaun Facebook penyewa pun kami dah jumpa. Harap penyewa ini keluar dari lubang tikus dan tampil untuk bertanggungjawab.
Sumber: Ziera Rahman
November 16, 2017 at 09:19AM
0 Komentar