Angkara pemandu 18 tahun, Alza baru keluar dari showroom terbabit dalam kemalangan

August 03, 2022

The Reporter



Baru sahaja dilancarkan dua minggu lalu, seorang pemilik kereta Perodua Alza baharu terpaksa berputih mata apabila kenderaan yang baru dibelinya dua hari lalu terbabit dalam kemalangan. 


Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Abd. Wahab berkata, kejadian itu berlaku pada jam 5.55 petang semalam di Kilometer 36, Jalan Tampin Gemas, Jalan Kampung Sungai Dua yang membabitkan Perodua Alza baharu, Perodua Kancil, Proton Saga dan kereta jenis Hyundai. 


Siasatan awal mendapati, pemandu Alza dalam perjalanan ke Bukit Jalor Air Kuning Selatan dari Gemencheh berhenti di simpang Jalan Kampung Sungai Dua - Air Kuning Selatan bersama Perodua Kancil di belakangnya untuk masuk ke simpang yang sama. 


Sebuah kereta Proton Saga yang dipandu remaja lelaki berusia 18 tahun keluar dari simpang iaitu arah Air Kuning Selatan ke Gemas dikatakan berlanggar dengan kereta jenis Hyundai yang melalui jalan utama iaitu dari arah Gemas ke Tampin. 






Kemalangan itu menyebabkan pemandu Hyundai hilang kawalan lalu melanggar Alza yang sedang menunggu untuk membelok sehingga kemalangan. 


Pemandu Perodua Kancil mengalami kecederaan luka di kepala dan mendapat rawatan di Hospital Tampin sebagai pesakit luar. 


Sumber: Kosmo



August 03, 2022 at 07:00AM

Previous
Next Post »
0 Komentar