'Jika pembalakan menyebabkan harimau keluar, mengapa gajah, beruang dll tak berkeliaran di perkampungan Orang Asli?' - Timb. Menteri Besar Kelantan sokong Pengarah JPNK

January 25, 2022

The Reporter


Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah menyokong kenyataan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK), Abdul Khalim Abu Samah, yang menyatakan aktiviti pembalakan baik untuk populasi harimau. 


"Pembalakan yang teratur serta mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara (MTN) membantu pengurusan dan kestabilan hutan. Yang dia sebut itu betul, ada kajian orang buat, WWF (Dana Hidupan Liar Sedunia). 


"Berdasarkan pandangan itu, makna pembalakan ini maksudnya pembalakan terpilih boleh bantu pengurusan hutan. Tak bangkitlah isu orang salahkan pembalakan seolah-olah pembalakan menyebabkan harimau keluar, banjir dan lain-lain," katanya memetik laporan dari Astro Awani, Selasa, 25 Januari 2022. 


Naib Presiden PAS itu juga berpendapat, sekiranya aktiviti pembalakan menjadi punca harimau keluar dari habitatnya, mengapa tidak binatang liar yang lain seperti gajah, beruang dan sebagainya keluar berkeliaran di perkampungan Orang Asli. 


Semalam, Abdul Khalim berkata, aktiviti pembalakan tidak akan menjejaskan populasi harimau. Sebaliknya membantu tumbuhnya tumbuhan baru yang akan mengalakkan kehadiran spesis haiwan yang menjadi makanan kepada harimau. 


"Populasi harimau akan lebih tinggi. Apabila berlaku pembalakan, kawasan itu akan ditumbuhi anak pokok. Jadi, kawasan itu akan dihadiri haiwan kecil seperti kancil yang menjadi makanan harimau. Ia akan memudahkan harimau memburu mangsanya," katanya. 


Sumber: Astro Awani



January 25, 2022 at 12:43PM

Previous
Next Post »
0 Komentar