The Reporter
Biadab dan kurang ajar! Itulah sikap yang ditonjolkan oleh pemilik kereta sewa yang ternyata tidak mempunyai adab dalam berkomunikasi dengan pelanggannya.
Segalanya bermula apabila seorang pelajar UiTM Dengkil menghubungi pemilik kereta sewa itu melalui aplikasi WhatsApp bertanyakan tentang harga kereta sewaan dalam bahasa inggeris.
Selepas mengetahui bakal pelanggannya merupakan pelajar IPTA, serta merta dia membalas mesej itu:
"Kalau setakat UiTM Dengkil, bahasa Melayu lebih elok digunakan."
Tidak menyangka respon seperti itu, pelajar terbabit terus membatalkan niatnya untuk menyewa kereta tersebut yang kemudian membuatkan lelaki itu berang kerana pelajar itu mendakwa dia gagal memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan.
Lelaki itu juga menawarkan ganjaran sewaan kereta percuma kepada mana-mana individu yang dapat mengesan identiti pelajar perempuan itu yang didakwanya berkelakuan biadab.
Susulan screenshot perbualan itu viral di media sosial, tampil seorang pelajar mendedahkan pemilik kereta sewa itu sememangnya biadab dan lebih teruk lagi perkhidmatan kereta sewanya itu tidak berdaftar.
Berdasarkan screenshot perbualan yang ditunjukkan, lelaki itu bukan sahaja biadab, malah memperlekehkan golongan pelajar yang mahu menyewa keretanya.
Orang ramai terutamanya golongan pelajar dinasihatkan untuk tidak berurusan dengan individu biadab seperti ini yang kelak dikhuatiri akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Sebaik-baiknya, menyewalah dengan syarikat sewaan kereta yang berdaftar agar keselamatan lebih terjamin dan tidak perlu berdepan dengan pemilik kereta sewa yang biadab seperti itu.
Sumber: Lobak Merah
March 09, 2019 at 02:25AM
0 Komentar