Bayi perempuan berusia 38 hari meninggal dunia kerana terkejut mendengar bunyi letupan mercun

May 08, 2023 Add Comment
The Reporter



Seorang bayi perempuan berusia 38 hari di Gresik, Indonesia dilaporkan meninggal dunia kerana terkejut mendengar bunyi letupan mercun. 


Mangsa yang merupakan anak kedua daripada pasangan suami isteri, Nur Hasim dan Nur Faizah, penduduk di Jatirembe, Benjeng, Gresik. 


Menurut ibu saudaranya, Nufus berkata, mangsa ditahan dan menerima rawatan di wad hospital selama enam hari. Pada jam 10 pagi Khamis, 27 April 2023, mangsa disahkan meninggal dunia. 


Nufus percaya anak saudaranya itu meninggal dunia kerana terkejut mendengar bunyi letupan mercun yang dimain oleh jirannya pada malam hari raya pertama, jam tujuh malam. 


"Sebelum itu, mangsa bersama ibu bapanya sedang berehat di bilik dan dikejutkan dengan bunyi letupan mercun yang dimain oleh jiran. 


"Mangsa terkejut dan mata kanannya tertutup dan lidahnya terbalik ke atas sebelum menangis. Ibunya kemudian memberikan susu, tetapi gagal kerana lidah mangsa terbalik ke bahagian atas. 


"Bimbang melihat keadaan anak, mereka kemudian membawa mangsa ke klinik sebelum dirujuk ke hospital di daerah lain. Disebabkan kekurangan peralatan, mangsa sekali lagi dirujuk ke hospital kedua dan terus ditahan di unit rawatan insentif (ICU). Di situ, anak saudara koma beberapa hari," katanya. 


Keputusan CT scan mendapati, pembuluh darah di bahagian otak mangsa telah pecah yang mungkin berpunca daripada hentakan kuat. Namun, perkara itu dinafikan oleh ibu bapa mangsa. 


Menjelaskan lebih lanjut, doktor berkata, pembuluh darah juga boleh pecah disebabkan terkejut yang luar biasa. 


Selepas enam hari menerima rawatan, doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada jam 10 pagi, 27 April 2023. 


Sumber: Detik



May 08, 2023 at 08:33AM

Anwar takkan tunduk kepada sebarang gesaan untuk benarkan pengeluaran KWSP

May 08, 2023 Add Comment
The Reporter



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak isu pengeluaran simpanan pekerja di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan terus dipermainkan sebagai isu politik termasuk dalam pilihan raya negeri akan datang. 


Ini kerana, pihak berkenaan mahu menunggang isu tersebut untuk meraih undi rakyat sedangkan perbuatan itu sebenarnya hanya menyebabkan pencarumnya terkesan di kemudian hari. 


Enggan masa depan pencarum terjejas, Anwar sekali lagi menegaskan beliau tidak akan membenarkan pengeluaran KWSP walaupun keputusan itu tidak popular. 


Namun, demi memastikan masa depan pencarum terjamin seperti akur janji dan akad dibuat oleh mereka sebelum ini, beliau perlu bertegas. 


"Saya percaya isu ini akan terus dipermainkan sebagai isu politik termasuk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. 


"Dalam pengurusan dan kebijaksanaan, kita mesti membuat keputusan benar yang tidak harus diheret bagi mengambil keputusan hanya untuk memenuhi selera beberapa kerat manusia," katanya. 


Beliau juga tidak akan tunduk kepada sebarang gesaan untuk membenarkan pengeluaran KWSP. Apatah lagi, keadaan sudah berubah, rakyat juga dibenarkan keluar bekerja berbanding sewaktu pandemik Covid-19. 


Sumber: Harian Metro, Sinar Harian



May 08, 2023 at 08:06AM

Anak muda semakin manja, ramai minta PLKN dikembalikan tetapi Syed Saddiq tidak setuju sebab...

May 08, 2023 Add Comment
The Reporter



Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diperkenalkan pada Disember 2003. Program ini menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi aspek modul fizikal, kenegaraan, pembinaan sahsiah diri dan khidmat komuniti. Namun, pada tahun 2018 PLKN telah ditamatkan serta-merta.


Melihat kepada situasi yang dikatakan remaja sekarang lebih kepada istilah 'manja', ramai pula yang menyuarakan agar program PLKN dihidupkan semula bagi melahirkan generasi yang lebih berdikari dan berfikiran ke depan.


"Modul PLKN sangat bagus untuk diterapkan, apatah lagi cabaran dunia sekarang yang tidak menentu. Disiplin, berkepimpinan, semangat cintakan negara yang tinggi, membuatkan kita semua rasa bertanggungjawab untuk membawa negara ke landasan yang betul.


"Modul dalam itu bukan nak basuh (hasut) anak muda suruh undi sesiapa. Selepas tiga bulan, kebanyakan budak PLKN mampu survive untuk teruskan hidup," kata Mellya Azizi.


Walaubagaimanapun Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang juga bekas menteri belia dan sukan (2018) menegaskan bahawa dia tidak menyesal memansuhkan PLKN dan menggantikannya dengan program Malaysia Future Leaders School (MFLS).


"Program itu bukan sahaja digunakan sebagai agenda politik, malah membazir dari segi wang ringgit dan enthnocentric. Generasi muda kita bukan lemah, tetapi cabaran pelajar hari ni makin susah," katanya.


Selain daripada perlu menanggung kos sara hidup yang tinggi, generasi kini katanya perlu membayar bebanan hutang pendidikan.


Dan disebabkan itu, beliau tidak bersetuju untuk mewujudkan kembali PLKN, tetapi fikirkan untuk merombak atau mengubahsuai sistem pendidikan yang ada kepada yang lebih baik.


Sumber: Mellya Azizi, Syed Saddiq



May 08, 2023 at 06:30AM

Kemunculan semula Amirah dikecam, netizen dakwa farmasi Everlife cuba menghalalkan perbuatannya

May 07, 2023 Add Comment
The Reporter



Kebelakangan ini dilihat seperti satu trend mana-mana pempengaruh membuat konten yang merapu-rapu demi meraih keuntungan dan menambahkan pengikut-pengikut. Walaupun jelas konten tersebut bakal mengundang kecaman negatif, tetapi mereka tetap melakukannya.


Sebelum ini, hangat diperkatakan isu melibatkan seorang staff iaitu Amirah yang didedahkan hubungannya dengan majikan. Isu tersebut juga dikatakan membuatkan Amirah berasa tertekan. Namun begitu, seperti sudah lali dengan kecaman, Amirah dilihat sudah muncul semula. 


Terbaharu, kemunculan Amirah di dalam live TikTok Farmasi Everlife sebagai host mengejutkan netizen. Kata Amirah dia perlu mencari rezeki lain setelah dibuang kerja.


"Saya bukan jenis wanita yang meminta sesiapa. Semua orang berhak mendapat peluang kedua. Saya cuba berubah untuk survive," katanya.


Katanya lagi, peluang yang diberikan oleh Farmasi Everlife kepadanya merubah dirinya.


Kemunculan semula Amirah seperti disokong oleh segelintir netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk bangkit semula. 


@alaa_bella97 Miraa dah comebackk gaiss! Sejahat mana pun manusia, dia boleh berubah 💪 yg baik belum tentu baik & yg jahat blm tentu jahat 💪 #FreeYondOpen #amirahaqilah #viewchin #farmasieverlife #fypシ #fyp ♬ DJ KUDA YANG MANA KUDA YANG MANA TUAN SENANGI-DJ PANTUN JANDA PIRANG VIRAL TIKTOK - DJ Zazkia


Tidak kurang juga yang mengecam pihak farmasi itu sendiri yang dilihat seperti mengambil kesempatan dengan apa yang berlaku demi meraih perhatian.


"Ada tengok live tadi, saya tidak setuju dengan mereka. Cuba menghalalkan tindakan," kata Momogun Sabah.


"Malaysia ni memang dah tak ada influencer, commentators atau sesiapa sahaja yang lebih berkualiti untuk jadi host live?" soal Yuz Yussof pula.


Sumber: Shazzle, Farmasi Everlife



May 08, 2023 at 06:06AM

'Doakan yang baik-baik untuk kami' - Shuib bertunang dengan Watie, nikah 23 Jun

May 06, 2023 Add Comment
The Reporter



Dunia hiburan dikejutkan dengan berita gembira apabila pelawak dan penyampai radio popular, Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, secara rasminya melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, usahawan berjaya, Watie Hanifiah, 35, semalam.


Melalui hantaran video yang dikongsi melalui Instagram, Shuib berkongsi berita gembira tersebut kepada pengikutnya.


"Assalamualaikum, Shuib ini, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.


"Hari ini, 6 Mei 2023, Alhamdulillah, saya baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan Watie.


"Saya memohon doa semoga perjalanan hidup kami dipermudahkan. Doakan yang baik-baik untuk kami.


"Doakan tau, Selamat Hari Raya," katanya dengan penuh kegembiraan.


Majlis pertunangan pasangan itu berlangsung pada waktu tengah hari di kediaman keluarga Watie, yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak.


Dalam majlis yang sederhana itu, Shuib telah menghantar tiga dulang hantaran berupa manisan, kasut, dan sirih junjung kepada pihak perempuan.


Sementara itu, keluarga Watie membalas dengan lima dulang hantaran yang terdiri daripada manisan, sampin, buah-buahan, sirih junjung, dan kasut.


Pasangan ini dijangka untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada 23 Jun akan datang. 


Di media sosial, ramai netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan agar mereka berdua dikurniakan kebahagiaan dan keberkatan dalam perjalanan perkahwinan mereka yang akan datang.


Sumber: Harian Metro



May 07, 2023 at 05:34AM

Cuepacs minta gaji minimum penjawat awam dari RM1,200 dinaikkan ke RM1,800

May 06, 2023 Add Comment
The Reporter



Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya skim gaji minimum penjawat awam dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,800 selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 yang bermatlamat menjadikan masyarakat negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.


Presidennya Datuk Adnan Mat berkata kali terakhir kenaikan gaji minimum penjawat awam adalah pada 2016 iaitu sebanyak RM1,200.


“Sekarang pada 2023 masih lagi RM1,200, sekiranya dicampur dengan elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM350, imbuhan tetap perumahan RM300, imbuhan tetap perkhidmatan awam mengikut gred masing-masing baru mencapai anggaran RM1,900 jauh daripada sasaran menjelang 2025.


"Kami mencadangkan kesesuaian gaji minimum perkhidmatan awam ialah RM1,800 dalam menjamin kehidupan golongan penjawat awam supaya dapat menjalani kehidupan dalam keadaan sedikit selesa dengan kenaikan kos sara hidup.


"Bagaimanapun, sekiranya kerajaan tidak mampu, boleh dinaikkan hingga RM1,500 kerana kerajaan telah pun bersetuju untuk melaksanakan gaji minimum sektor swasta sebanyak RM1,500," katanya ketika dihubungi Bernama.


Pada 1 Mei lepas semasa sambutan Hari Pekerja 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sudah sampai masanya penilaian dan kajian semula dibuat terhadap gaji penjawat awam yang tidak memuaskan khususnya di peringkat rendah.


Sementara itu, seorang penjawat awam Muhammad Shafiq, 36, berkata kenaikan gaji bagi kumpulan bawahan amat wajar kerana kenaikan kos sara hidup sudah tidak relevan dengan gaji RM1,200.


"Kerajaan juga boleh melihat kepada kenaikan elaun yang sedia ada sekiranya tidak mahu menaikkan yang pokok. Bagi kami yang bujang boleh cukup makan, namun bagi mereka yang sudah berumahtangga sememangnya terkesan.


"Ada penjawat awam kumpulan bawahan yang melakukan dua atau tiga kerja bagi menampung perbelanjaan harian dan keperluan asas yang lain," katanya.


Bagi Eliani Ismail, 37, penjawat awam daripada kumpulan M40 berkata kerajaan juga perlu melihat keperluan kumpulan berkenaan yang turut terkesan dengan ekonomi sekarang.


"Kami antara kumpulan yang membayar cukai menjana pendapatan negara tapi sering kali terlepas pandang dan memang wajar kajian dibuat membabitkan juga kumpulan M40.


"Contohnya nak mohon tadika KEMAS tak layak manakala hantar swasta pula mahal, mungkin kerajaan boleh mewujudkan bantuan khas yang bersasar kepada M40 seperti yang dilakukan kepada B40 kerana kami juga tersepit," katanya.


Sumber: Bernama



May 07, 2023 at 03:52AM

Shermine kembali ke office, nak rampas kembali pekerjanya Teha anak Dato'

May 05, 2023 Add Comment
The Reporter



Seakan sudah melupakan perkara yang berlaku, Shermine Hau-Ah Moi dilihat wanita yang sudah bangkit dari kesedihan.


Dia juga dilihat sering memuat naik aktiviti sehariannya kepada pengikut media sosialnya dengan begitu ceria. 


Baru-baru ini Ah Moi memuat naik gambar dirinya berlatarbelakangkan pejabat. Dia juga mengenang  kembali detik-detik ketika mengusahakan perniagaan itu sehinggalah dapat berpindah ke gudang yang lebih besar.



"Feel good kembali ke office. Memory kaw-kaw apabila dulu bayar deposit, fikir renovation macam mana.


"Masa tu masih sangat happy dapat pindah warehouse besar. Kadang-kadang rasa simple life  best, orang takkan jadi tamak, kan," katanya.


Hantaran tersebut mengundang persoalan pengikutnya apabila sebelum ini dia mendedahkan dia sudah tidak mempunyai kaitan dengan perniagaan itu.




Tidak dapat dipastikan sama ada benar atau tidak, Ah Moi menjawab dia ke sana adalah bertujuan untuk merampas kembali pekerjanya, iaitu Teha atau lebih dikenali sebagai anak Dato'.


Rata-rata netizen pula menyokong tindakan Ah Moi untuk merampas kembali Teha dan mereka sangat sukakan gabungan serta gandingan Ah Moi dan Teha.





Sumber: Shermine

May 05, 2023 at 09:34AM