(Video) 'Dah dikenal pasti, tunggu kena kutip'

March 09, 2019

The Reporter


Viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan dua lelaki memakai baju melayu menyamun kedai 99Speedmart. 

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang di Seksyen 17 Shah Alam itu, pelanggan kedai tersebut juga turut disamun suspek yang bersenjatakan parang. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai kejadian itu terus bergegas ke lokasi. 

"Siasatan awal mendapati, terdapat dua pekerja berada di kaunter manakala beberapa pelanggan sedang beratur membuat bayaran ketika kejadian. 

"Dua suspek iaitu lelaki masing-masing berbaju Melayu hijau dan biru serta bertopi keledar kemudian memasuki kedai itu dengan bersenjatakan parang. 

"Mereka mengambil tiga karton rokok berjumlah RM510 dan wang tunai RM200 daripada laci kaunter itu lalu melarikan diri," katanya. 

Tiada mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu dan suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC yang menggunakan nombor pendaftaran palsu. 


Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Dua suspek terbabit sudah dikenal pasti dan polis sedang giat mengesan mereka. 

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ravind di talian 012-2633203 atau 03-55202222 bagi membantu siasatan. 

Sumber: Harian Metro


March 09, 2019 at 01:21PM

Previous
Next Post »
0 Komentar