'Saya tak ada sales langsung hari ni' - Peniaga buntu, dah keluar banyak modal tapi jualan raya hambar & tiada pelanggan

April 13, 2023

The Reporter



Menjelang hari raya Aidilfitri, semakin banyak persiapan kelengkapan raya yang perlu dibeli. Peniaga-peniaga diluar mahupun dalam talian bertungkus lumus mengerah keringat untuk menjual barangan mereka sehingga ke hujung Ramadan.


Tidak seperti tahun sebelumnya, ramai peniaga terutamanya peniaga di bazar-bazar mula mengeluh dengan situasi sekarang yang dikatakan kurang dikunjungi pelanggan.


Di media sosial, dikongsikan beberapa luahan peniaga yang mula resah menantikan pelanggan yang tak kunjung tiba. Bukan sahaja peniaga baju raya, malahan biskut-biskut raya dan juga kuih muih kurang mendapat sambutan. Jalan TAR yang dikatakan tempat kunjungan utama membeli belahpersiapan raya juga digambarkan hambar.


Seorang wanita yang juga peniaga baju kurung di Lalaport juga meluahkan rasa sedih dengan sambutan yang diterima pada tahun ini.


"Masih tak ada orang. Support la korang, beli satu. Saya tak ada sales langsung hari ni. Dekat walk in lagi la tak ada. Saya dah buntu," katanya.


@lylith.ku

bayar mahal untuk event yang sendu macam ni, kesian lah kami vendor yang baru nak mula ni😢 Raya lagi berapa hari je ni

♬ original sound - LYLITH KU


Ada yang mengatakan faktor ini adalah kerana ramai ibu bapa yang telah banyak mengeluarkan perbelanjaan persekolahan anak-anak pada bulan lalu dan secara tidak langsung mereka perlu menunggu gaji atau bonus untuk membeli keperluan raya akan datang.


Selain daripada itu, dikatakan pembeli sudah beralih arah kepada platform jualan dalam talian seperti Shopee dan TikTok yang menawarkan harga yang lebih murah berbanding di kedai dan butik.


"Rasa macam tahun ni memang tak ramai yang membeli. Baik outdoor event, indoor event ke, bazaar ke, foodfest ke. Probably everything is so expensive with low quality kot. Orang pun sekarang dah berhati-hati dalam belanja.


"Ekonomi pun tak menentu, barang mahal, purchasing power kurang. Rasanya orang pergi event pun jalan-jalan tengok-tengok je. Barang semua diorang dah beli kat TikTok dan Shopee. Tunggu seller post out je," tulis brgsjks.


Sumber: brgsjks, TikTok lylith.ku 




April 14, 2023 at 02:40AM

Previous
Next Post »
0 Komentar