The Reporter
Polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang penyanyi jalanan.
Ketua Polis Daerah Tegal (Indonesia), Mochammad Sajarod Zakun berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati ada tiga kesan tikaman pada mayat mangsa, Suleman, 28, disyaki telah dilakukan oleh suspek, Darsono.
Semasa disoal siasat, Darsono mengaku telah datang ke rumah Suleman pada jam 8.40 malam, 4 April 2023. Darsono masuk ke dalam rumah lalu menghampiri mangsa yang tertidur di ruang tamu. Tanpa melengahkan, Darsono terus menikam dada dan lengan kiri Suleman. Selepas itu, Darsono segera melarikan diri dengan menunggang motosikal..
Suspek cuba melarikan diri ke wilayah lain, namun berjaya ditahan polis pada 6 April lalu, jam 3.30 petang.
Polis turut merampas sebilah pisau, pakaian mangsa, satu unit motosikal, topeng dan topi untuk dijadikan sebagai bahan bukti.
Darsono mengaku telah merancang pembunuhan tersebut, malah sempat menyediakan senjata untuk diletakkan dalam motosikal.
Polis percaya, Darsono nekad membunuh Suleman kerana mangsa telah menjalinkan hubungan dengan isterinya sebanyak tiga kali. Kecurangan itu diulangi beberapa kali dan hubungan Suleman dengan isteri Darsono pula rapat memandangkan mereka berdua adalah penyanyi jalanan.
Difahamkan sebelum in, Darsono dan isterinya pernah bercerai. Tetapi bersama semula selepas dipujuk oleh keluarga. Malangnya seminggu selepas penikahan, Suleman dengan berani datang membawa isteri Darsono keluar daripada rumah.
Darsono yang mengetahui kejadian itu segera mencari dan memujuk isteri pulang ke pangkuannya dan ketika itu jugalah Darsono meminta isterinya membuat pilihan sama ada meneruskan perkahwinan dengannya atau bersama dengan Suleman.
Wanita istu memilih untuk bersama dengan Suleman dan dari situ timbul rasa tidak puas hati dalam diri Darsono, mendorong dia untuk membuat perancangan membunuh.
"Saya sakit hati kerana isteri memilih dia daripada saya. Akhirnya timbul niat dalam diri untuk membunuh dia. Saya bawa pisau dari rumah dan disimpan pada motosikal.
"Selepas saya menikamnya sebanyak tiga kali, saya terus melarikan diri dan tidak mengetahui apa keadaan Suleman sama ada meninggal dunia atau sebaliknya," kata Darsono
Darsono kini berdepan dengan tindakan undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Sumber: Kompas
April 12, 2023 at 03:58AM
0 Komentar