2 beradik bergaduh nak guna handphone buatan China, adik telan handphone untuk hentikan pergaduhan

April 10, 2023

The Reporter



Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di India terpaksa menjalani pembedahan setelah menelan telefon bimbit ketika bertengkar dengan abangnya. 


Menurut laporan New York Post, dua beradik berkenaan terdahulu bertengkar kerana berebut sebuah telefon bimbit buatan China. Bagi menghentikan pertengkaran itu, mangsa nekad menelan telefon bimbit tersebut. 


Tidak beberapa lama selepas itu, mangsa mula mengalami muntah dan kesakitan luar biasa di bahagian perut. Bimbang melihat keadaannya, mangsa dibawa oleh ibu bapanya ke Hospital Jaya Arogya di bandar Gwalior, untuk mendapatkan rawatan.


Sebaik saja tiba di hospital, doktor menjalankan imbasan x-ray, ultrasound dan CT Scan pada mangsa. 


Berdasarkan keputusan awal yang diperolehi, mereka memutuskan telefon bimbit itu tidak dapat dikeluargakan menggunakan kaedah seperti endoskopi. Sebaliknya mangsa perlu menjalani pembedahan segera. 


Selepas dan jam berada dalam bilik bedah, pasukan itu berjaya mengeluarkan telefon tersebut dengan membedah perut mangsa. 


Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan menerima 10 jahitan di perut. Dia dijangka akan dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi. 


Sumber: New York Post



April 11, 2023 at 04:13AM

Previous
Next Post »
0 Komentar