Pendigitalan lesen memandu & sticker road tax dapat jimatkan kantung kerajaan RM96 juta setahun

February 10, 2023

The Reporter

Foto Bernama


Keputusan Kementerian Pengangkutan melaksanakan pendigitalan Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) persendirian, dijangka dapat menjimatkan kantung kerajaan kira-kira RM96 juta setahun. 


Menterinya, Anthony Loke berkata, penjimatan itu dibuat melalui pelekat yang dicetak dan lesen yang dikurangkan. Melalui penjimatan itu juga boleh digunakan untuk proses pendigitalan dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 


"Penjimatan itu akan digunakan secara dalaman iaitu dengan menaik taraf aplikasi dan pendigitalan. Kita mendapat sokongan penuh dari Kementerian Kewangan sebab tidak perlu peruntukan tambahan," katanya. 


Selain itu, rakyat juga boleh menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke kaunter untuk memperbaharui lesen masing-masing atau membayar caj kepada pihak ketiga bagi penghantaran pelekat cukai jalan. 


Anthony menambah, kementeriannya juga akan meneruskan proses pendigitalan perkhidmatan JPJ yang lain termasuk integrasi sistem Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dengan sistem JPJ, pendigitalan pendaftaran kenderaan perdagangan termasuk e-hailing selain penguatkuasaan undang-undang dan peraturan jalan raya tanpa perlu menjalankan sekatan jalan raya seperti sedia ada. 


"Fasa seterusnya pendigitalan penguat kuasa hanya perlu kamera untuk mengesan status kenderaan. 


"Sementara itu, JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi tumpuan kepada advokasi supaya rakyat menuju ke arah digitalisasi," katanya. 


Sumber: Harian Metro



February 10, 2023 at 12:29PM

Previous
Next Post »
0 Komentar