(Video) Guru tadika dipecat kerana duduk atas badan murid, paksa tidur petang

December 09, 2020

The Reporter


Seorang guru tadika di China dipecat dan ditahan selepas duduk di atas kanak-kanak perempuan untuk memaksanya melelapkan mata ketika waktu tidur petang. 


Suspek berusia 36 tahun dikenali sebagai Xu itu ditahan selepas perbuatannya bermain telefon bimbit sambil duduk di atas mangsa, dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah tadika di Foshan, selatan China. 


Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan Xu telah dipecat sebelum ditahan polis susulan ibu bapa mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu. 



Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 26 November 2020 yang membabitkan anak murid perempuan berusia lima tahun yang ketika itu sedang berusaha untuk tidur sebelum didatangi suspek yang duduk di atasnya selama tiga minit. 


Suspek turut meletakkan kedua belah kakinya di bahu mangsa seperti yang tertera dalam video viral itu. 


Ketika di soal siasat, Xu memberi alasan dia cuba membantu mangsa untuk melelapkan mata dengan lebih cepat. 


Pelbagai insiden penderaan kanak-kanak kerap berlaku di negara itu tahun ini sedikti sebanyak menjejaskan industri pra-pendidikan kanak-kanak. Dalam kes sebelum ini, tiga guru di tadika utara China ditahan pada September selepas ibu bapa murid mendakwa mereka menusuk jarum pada murid. 


Pada Jun, dua guru tadika di wilayah Zhejiang, timur China pula disoal siasat polis selepas didakwa memukul murid yang sedang cuba melelapkan mata. 


Pada tahun 2019, dua murid tadika di selatan timur China dipaksa guru untuk tidur di bawah cahaya matahari sebagai hukuman kerana berbuat bising ketika berada di dalam kelas. 


Sumber: Daily Mail



December 09, 2020 at 08:23AM

Previous
Next Post »
0 Komentar