'Saya ingatkan jerawat biasa' - Gadis remaja buta terkena penyakit misteri selepas picit jerawat di hidung

December 09, 2020

The Reporter


Seorang remaja perempuan dilaporkan buta selepas memicit jerawat di hidungnya yang menyebabkan wajahnya mengalami bengkak teruk atau benjolan besar. 


Mary Ann Regacho, 17, dari Filipina menderita kesan sampingan yang misteri dan tidak dapat dikenalpasti punca bagaimana keadaan itu boleh berlaku. 


Difahamkan, Mary mengalami ketumbuhan jerawat di hidungnya yang disangka disebabkan oleh hormon setelah melahirkan anak ketika dia berusia 16 tahun. 




Namun, keadaan mukanya semakin membengkak setelah beberapa minggu berlalu membuatkan dia semakin bimbang. 


Selepas memicit jerawat di hidungnya, Mary mula mengalami kesakitan dan bengkak selama beberapa hari. Benjolan itu kemudian mula merebak di wajahnya akibat bengkak yang semakin membesar seperti belon. 


Saiz benjolan itu telah hampir memenuhi seluruh wajahnya dan membuatkan deria penglihatannya Mary terjejas. 




Ibu kepada seorang anak itu berusaha untuk mencari rawatan untuk kembali pulih dengan mencuba ubat-ubatan herba, tetapi tiada satu pun yang berjaya. 


"Saya ingatkan itu hanya jerawat biasa, tapi kesakitannya membuatkan saya tidak dapat tidur malam. Saya dah cuba pelbagai rawatan, tetapi tidak berjaya. Sekarang saya rasa muka saya dah takkan sama seperti dulu," katanya. 




Mary tidak mampu mendapatkan rawatan lain kerana suaminya, Albert Sales hanya bekerja secara sambilan di ladang jiran tanpa pendapatan yang tetap. 


Selepas setahun, Mary pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan, tetapi dia tidak dapat membayar kos perubatan yang tinggi.


Sumber: Daily Star


LAPORAN BERKAITAN



December 09, 2020 at 07:32AM

Previous
Next Post »
0 Komentar