The Reporter
Aktiviti berbasikal sudah tidak asing lagi dan sudah menjadi aktiviti seharian rakyat Malaysia. Aktiviti ini mula tular dalam kalangan masyarakat semenjak PKP dilonggarkan. Namun begitu, berbasikal tidak salah, tetapi perlu mengikut peraturan dan mengutamakan pengguna jalan raya yang lain.
Hampir setiap hari kedengaran rungutan pengguna jalan raya lain mengenai sikap penunggang basikal yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan keselamatan sehinggakan kesalahan itu terpalit pada penunggang basikal yang mematuhi peraturan.
Demikian juga luahan pemuda ini tentang aktiviti berbasikal yang seringkali menjadi pilihan penunggang iaitu di Hulu Langat. Beliau berharap dengan perkongsian tersebut dapat memberikan kesedaran kepada penunggang-penunggang di luar sana.
PASAL phone saya dah tak berhenti dari tadi, semua rakan basikal PM saya tanya apa cerita Langat. Saya mengambil sedikit ruang untuk kongsi masalah dan diharap perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah.
Ini post kat group Warga Hulu Langat, “ISTIMEWA” untuk cyclist-cyclist kat luar sana. Kalau baca komen memang semua marah. So macam ni la, sebagai seorang cyclist dan juga sebagai warga Hulu Langat, saya rasa saya kena kongsi perkongsian ni kepada semua cyclist yang datang dari luar dari Hulu Langat
Yang pertama, kayuh basikal jangan kayuh tengah jalan. Langat ni jalan kecik je, kalau group besar, pecahlah sikit-sikit. Contoh ada 20 orang ride, 10 jalan dulu sikit, lepas tu 10 lagi ikut, buat double file pasal senang orang nak potong. Dah kalau 20 rider kayuh, bapa punya panjang kereta nak potong. Saya ulang lagi sekali “Langat ni jalan kecik” pakai otak dan peka pada persekitaran.
- Batu 18 ke Perez (Buat double file elok)
- Batu 18 ke Batu 9 (Buat single file elok)
- Batu 18 ke Gunung Nuang (Buat single file elok)
Jangan parking depan rumah orang, lepas tu bila orang dah tegur, “ni tanah saya awak tak boleh parking sini”. Janganlah lawan, dah tanah tu dia punya, suka hati dialah nak kasi ke tak parking. Saya faham ramai yang kayuh basikal ni orang berada, tapi tak guna kalau ada duit banyak tapi tak ada sensitiviti menghormati orang.
Jangan ingat orang kampung ni tak ada hati dan perasaan. Saya rasa terkilan betul dengar dari cerita sahabat saya yang juga berniaga di Langat. Bila suruh parking tempat lain, cyclist tersebut naik suara. Relax kalau awak rasa awak banyak duit, ada orang lagi banyak duit dari awak, stay humble dan hormati orang, itu lebih baik. Sekarang ada orang kampung buat parking kat tanah lapang, pergi bayar, settle masalah.
Guys amalkan stop 10 mins max bersempena Covid-19 ni kat T junction/Genting Perez. Genting Perez dah macam pasar malam sekarang. Janganlah berkumpul ramai-ramai, bahayakan diri awak dan juga orang lain. Dah sampai peak perez, 10 mins rehat lepas tu turun, kat T junction, 10 mins rehat lepas tu naiklah perez.
Saya faham, basikal kebanyakan anda mahal, nak orang tengok, nak ushar orang, nak ushar siapa cyclist yang tengah in trend sekarang nak ushar artis ride. Tapi ingatlah bahawa keselamatan semua lagi penting, nanti Covid-19 ni dah habis, korang pasanglah khemah kat T junction, peak perez. Lepas tu selfie la puas-puas sampai kiamat. Buat masa ni, jagalah keselamatan dulu.
Okey ini kepada cyclist yang ada keperluan pakai support car. Dulu Langat ni pernah huru hara pasal kes support car ni. Kalau korang baru ride lepas MCO, lupakanlah, korang memang takkan tahu cita ni hahaha!
Tapi apa yang saya cuba sampaikan bila ada keperluan pakai support car, cakap kat driver tuan-tuan “Eh Ali kau tunggu aku kat T junction” suruh driver tu pergi terus ke T junction or peak perez. Janganlah suruh kereta tu duduk belakang peloton.
Kereta awak je dah Estima, dah tu kereta belakang nak potong driver awak, nak potong peloton awak yang hanya menggunakan speed 20km/h kan dah menyusahkan orang kampung. Better tak payah ada la support car kat Langat ni, saya nasihatkan nak ada support bawalah scooter or EX5.
Last sekali, bila atas jalan, angkatlah tangan kalau ada masa kat orang kampung tepi jalan, Orang Asli, sedikit senyuman dapat menyebarkan kebahagiaan. Dorang bukan nak duit korang pon nak be happy, just sikap sopan santun dan mulia korang je dah cukup kasi orang kampung happy.
Okey dahlah, cukuplah perkongsian saya hari ni. Sebarkanlah kat cyclist-cyclist di Malaysia ini. Semoga perkongsian ni dapat sampaikan kebaikan kepada semua. Penulisan ini merupakan suara warga Hulu Langat yang tertekan dengan sikap cyclist yang hadir ke Hulu Langat.
Yang Benar
Danial Mazalan
(Bukan YB Hulu Langat)
Sumber: Danial Mazalan
December 09, 2020 at 07:02AM
0 Komentar