The Reporter
Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan Fathia itu dan menyifatkan Fathia seperti tidak menjaga kehormatan sebagai wanita yang berhijab. Tetapi ada juga yang mengatakan aksi Fathia itu tidak mengejutkan mereka kerana mereka mendakwa Fathia sememangnya seorang perokok.
Berdasarkan status Twitter Fathia pada Januari lalu, dia telah berazam untuk berhenti dari menghisap rokok. Statusnya yang berbunyi ‘Azam tahun baru. Nak berhenti hisap rokok’ disokong oleh para peminatnya yang turut mendoakan agar azam Fathia tercapai.
Sebelum ini Fathia pernah mencetuskan kontroversi dengan penampilan seksi di Bigo Live. Selain itu juga, dia pernah dikecam kerana solat di dalam kereta dan telah mendapat perhatian Mufti Kelantan dan juga Imam Muda Asyraff.
Dia juga begitu lantang bersuara mengenai politik sehingga disindir oleh Dira Abu Zahar yang juga merupkan Exco Puteri UMNO.
Sementara itu akaun Instagram milik Fathia Latiff terus diserang netizen dan mempersoalkan mengapa selebriti berkenaan menghisap rokok.
Sumber: OhBulan, makcik_puaka
August 05, 2018 at 02:37AM
0 Komentar