(Video) 'Aku dianiaya, duit RM9,000 burn camtu je?' - Pemilik rampas kereta dari pembeli sambung bayar

August 02, 2018

The Reporter


Seorang pemuda bertindak untuk menyebarkan di media sosial kejadian yang menimpa dirinya. Dia mendakwa dirinya telah dianiayai melalui penjualan kereta Saga. Dia telah membeli kereta Saga tersebut dengan cara menyambung pembayaran ansuran kereta pemilik sebelumnya. Bukan sahaja wang telah dilaburkan untuk memiliki kereta tersebut, malahan cukai jalan (roadtax) kereta tersebut juga telah dijelaskannya. 

Badrul Hanafi berasa marah dan terkilan dengan sikap pemilik kereta ini yang ingin mengambil kembali kereta Saga terbabit dengan alasan ansuran kereta tersebut sudah tertunggak. Pemilik kereta tersebut juga datang bersama dengan 12 orang rakan-rakannya dan sebuah trak penunda.

Badrul juga mendakwa mereka tidak berbincang dengan sebaiknya malahan menggunakan kekerasan dan juga ancaman.


INI orang cari hal hari ini. Ceritanya seorang lelaki bertopi hitam entah dari mana berlagak seperti seorang samseng, tak ada kad, tak ada surat di tangan tetapi bercakap besar. Mungkin dia ingat aku takut, aku tak takut walaupun korang datang 12 orang sekali pun.

Owner Saga baju hitam tu. Memalukan kaum betullah. Beli kereta tak ada duit bayar bulan-bulan. Jual smbung bayar. Lepas aku dah beli, bayar installment, hidupkan roadtax insurance,dia boleh nak ambil kereta balik sesuka hati.


Aku beli dengan duit tak kurang satu sen. Dokumen semua lengkap  tak kurang satu pun. Report dari awal serahan sampailah ke tangan aku. Segala hitam putih complete. Dia saja nak twist. 

Datang jauh dari Johor Bharu ke Ampang semata-mata nak settlekan hal ini baik-baik. Serah kereta pada owner dengan bayaran yang dah deal sebelum ni.  Tapi owner kaki game. Dah sampai Ampang, bawak lori towing dengan 12 orang lelaki yang tak bertelur mungkin, menghadap aku seorang dengan anak bini. 

Sementara tunggu orang tengah sampai (broker), aku menolak untuk beri kunci pada sesiapa pun. Untuk berbincang. Tetapi perlu ke sampai semua nak pegang aku nak dapatkan kunci secara paksaan, kekerasan dan ancaman? 

Memang dia owner kereta, tetapi ini bukan caranya kami deal. Aku dah dianiaya. Sedap duduklah owner. Bulanan aku bayar, insurance roadtax aku renew. Mudahnya hidup kat dunia ini. Kereta dia dah dapat. Duit aku RM 9,000 burn macam itu saja? Memang tak patutlah kena macam ini. 

Next posting aku attach sembang WhatsApp. Dia punya sembang Saga dia pun boleh terbang. 































Apa pendapat anda? Mungkin ada yang nak cakap, siapa suruh beli kereta sambung bayar. Padan muka. Benda simple saja tapi buat jadi susah. Ada sesiapa kenal budak ini semua tak? Kasi roger info.




August 03, 2018 at 01:36AM

Previous
Next Post »
0 Komentar