'Orang Kristian sudah ambil alih Putrajaya' - Netizen selar Tajuddin cuba hasut rakyat

August 03, 2018

The Reporter


"Orang Kristian sudah mengambil alih, take over kuasa Putrajaya dan negeri-negeri yang saya sebut tadi. Betul, memang betul," demikian kata Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pada malam terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, mengenai pemimpin Kristian dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH), lapor MalaysiaKini.

Tajuddin memberi amaran itu kepada sekumpulan pengundi di Kampung Jawa malam tadi, yang merujuk video tular yang menunjukkan paderi Kristian meraikan kemenangan HARAPAN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.

"Sekarang ini menteri-menteri, tengok. Lim Guan Eng tu Kristian, Anthony Loke Kristian, Tony Pua Kristian, Hannah Yeoh Kristian.

"Teresa Kok - Khalid Samad marah apabila saya kata Teresa Kok ini satu-satu perempuan yang ada 'kok'," katanya disambut gelak ketawa orang ramai.

Katanya lagi, ahli-ahli politik DAP berkenaan menggunakan kedudukan mereka dalam kerajaan untuk mengembangkan ajaran Kristian.

"Nama-nama yang saya sebut ini mereka ini pengembang agama Kristian. Mereka ini pengembang agama Kristian.

"Kita kena waspada. Dalam dia berpolitik, dia menggunakan platform politik untuk mengembang, menyebar agama Kristian," katanya.

Tidak cukup dengan itu, Tajuddin juga mendakwa DAP berkuasa dalam PH dan mempengaruhi setiap keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah, dia menjangka DAP akan berusaha menghapuskan raja-raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.  

"Jangka panjang, tuan-tuan, puan-puan ini penting ni. Beberapa hari nanti kalau boleh mereka nak hapuskan raja-raja Melayu. Mereka nak tubuhkan satu sistem pemerintahan seperti Singapore, tak ada raja tak ada sultan, tak ada Yang di-Pertuan Agong.

"Sistem republik - iaitu ketua negara terdiri daripada siapa sahaja - boleh jadi Melayu, Cina, India," katanya.

Sementara itu di media sosial, netizen menyelar kenyataan Tajuddin yang jelas dan terang cuba membangkitkan isu sensitif dan menghasut rakyat sebagai peluru terakhir untuk memenangi PRK Sg Kandis.

"Orang ini adalah pelampau. Dia mengambil kesempatan daripada keterbukaan kerajaan sekarang untuk menabur fitnah. Fitnah ini pula bertujuan membakar hati dan perasaan orang Islam. Segeralah buat laporan di bawah kes menghasut ke atas orang ini," kata Makthar Mansor.

"Dalam Barisan Nasional (BN) tak ada orang Kristian ke? Ingat diorang dah berubah selepas kalah teruk di PRU14. Kalau beginilah perangai, jangankan PRU15 nak menang, PRU115 pun belum tentulah," kata Abu Naufal.

Rata-rata netizen menggesa orang ramai membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak yang jelas sekali cuba membangkitkan isu sensitif dan menghasut rakyat.


August 04, 2018 at 02:35AM

Previous
Next Post »
0 Komentar