Generasi kita patut kenal Ahed Tamimi sebagai inspirasi, bukan menjadikan instafamous sebagai idola

August 03, 2018

The Reporter


Di kala remaja seusianya menghabiskan masa di sekolah dan rakan-rakan, dia pula berjuang menegakkan keadilan di medan demi perjuangkan agama dan menentang kekejaman zionis, iaitu Israel. 

Ahed Tamimi, seorang remaja yang sedari awal tidak gentar berdepan dengan tentera Israel. Semenjak kanak-kanak lagi dia sudah turun berdemonstrasi di lapangan bagi menuntut hak Palestin daripada genggaman Israel.


Gadis bertubuh kecil ini terkenal di negaranya, Palestin kerana sikap beraninya. Pengalaman ibu bapanya yang pernah ditahan beberapa kali menjadikan Ahed seorang gadis yang berani dan matang bersuara. Wajah Ahed Tamimi seringkali menjadi tular di media sosial kerana sikap beraninya menentang tentera Israel.

Pada 20 Disember lalu, Ahed dipenjarakan kerana kesalahan menampar dan memukul tentera Israel. Setelah melalui tempoh tahanan selama 8 bulan, dia telah dibebaskan pada 28 Julai 2018.

Dr. Syahr Musafir melalui status di Facebook juga berpendapat generasi sekarang perlu menjadikan Ahed sebagai satu inspirasi untuk kehidupan, agama dan juga negara. Menerusi status tersebut juga,dia tidak bersetuju dengan ikutan generasi sekarang yang terlebih mengikut arus penularan di media untuk menjadi terkenal tanpa memikirkan keaiban sendiri.



DALAM kita dok viral kisah gadis Melayu berumur 17 tahun Instafamous berpendapatan mencecah RM12-ribu sebulan, ada baiknya kita jenguk 'jiran' kita yang punya seorang gadis berumur 17 tahun (tarikh lahir 31 Januari 2001), bernama Ahed Tamimi, yang baru saja dibebaskan daripada tahanan penjara Israel pada 28 Julai 2018 setelah melalui tempoh 8 bulan tahanan kerana protes terhadap tentera Israel. 

Pada tahun 2012 pada usia 11 tahun, Ahed telah mendepani tentera Israel yang menangkap ibunya dan videonya viral seluruh dunia. Kemudian video yang menunjukkan Ahed mengacukan penumbuk ke arah tentera Israel yang menangkap abangnya viral seantero dunia. 

Pada tahun 2015, Ahed sekali lagi menggemparkan dunia dengan tindakan beraninya mendepani tentera Israel yang memukul adik lelakinya. 


Ahed menjadi ikon keberanian remaja Palestin mendepani Israel, sehinggakan dijemput berceramah tentang "No Child Behind Bars/Living Resistance" di USA dan Turki. Israel jadi takut kepadanya, bayangkanlah.

Disember 2017, tentera Israel telah menembak sepupu Ahed, bernama Muhammad, menyebabkan sebelah matanya buta. Ahed yang marah telah berani memarahi tentera tersebut secara berdepan dan menampar tentera tersebut, mengakibatkan penahanan Ahed pada malam 17 Disember 2017 dan dijatuhkan hukuman tahanan 8 bulan. 


Kata Ahed, selama 8 bulan dalam penjara, dia dan rakan-rakan remaja yang lain membaca buku dan belajar tentang Undang-undang Antarabangsa (International Law) dan Hak Asasi Manusia (Human Rights) dan bercita-cita menjadi seorang peguam. Ditanya mengapa Ahed sangat berani walaupun dia seorang gadis, Ahed memberi jawapan, "What does not kill us makes us stronger."

Sepatutnya generasi kita kenal Ahed Tamimi ini sebagai inspirasi dan motivasi, sifat berani dan berjuang atas dasar yang betul serta benar, demi agama dan kemanusiaan. Bukan menjadikan pelajar perempuan berusia 17 tahun pakai maskara dan mekap ke sekolah, dapat keputusan gagal 7G1E dan viral dengan video mengutuk guru dan sekolah teruk. 

Usia belasan tahun, anak-anak perempuan kita memang perlu diajarkan kejar ilmu dan tahu serta berani mempertahankan diri. Cantik-cantik dalam rumah depan keluarga sahaja yang diperlukan, bukan setiap hari upload gambar selfie jadi Instafamous buat paid review dan beritahu kepada orang berapa nilai gaji. 



Ada sebab kenapa tentera Israel yang boleh tembak mati Ahed ini Allah getarkan hati mereka supaya tidak menembak Ahed membiarkan Ahed hidup hingga ke hari ini, beruntunglah kita jika kita jadi orang yang berfikir.

Dr Syahr Musafir
cc Pn Rahimah AR 
30/07/2018 #SaveGaza #FreePalestine #InspirasiDrSyahr #IsuRemaja 

Sumber kisah #AhedTamimi daripada laporan-laporan BBC. I have nothing against the twins, the family or the things they do, saya hanya ambil cebisan kisah mereka yang viral sejak mutakhir ini untuk dibuat pedoman oleh KITA.

Sumber: Syahr Musafir, Remaja, Nona


August 03, 2018 at 03:17PM

Previous
Next Post »
0 Komentar